Info Pelan

Mengasihi Seperti YesusSampel

Love Like Jesus

HARI 8 DARIPADA 13

Menjadi Kawan


Saya mempunyai seorang rakan sekerja baru yang ingin berkawan dengan saya. Namun, saya tidak mengalu-alukan kedatangannya dan tidak melayannya dengan baik. Sebenarnya, ada kalanya saya bersikap jahat. Kami akan lepak dari masa ke masa tetapi hanya pada masa saya senang.


Beberapa bulan kemudian, ayah saya didiagnosis dengan penyakit barah. Penyakit ini tidak mengambil masa yang lama, dan saya menemani ayah saya di hospis sepanjang hari-hari terakhirnya. Kawan ini, yang saya tidak betul-betul meluangkan masa untuknya, bukan sahaja berdoa untuk saya pada tempoh yang sukar ini. Malah, berbual dengan saya setiap malam menggunakan telefon sehingga saya cukup letih untuk tidur. Ia memasakkan makanan kegemaran saya sebelum saya menaiki kapal terbang. Ia mengaturkan satu bungkusan dengan semua rakan sekerja saya untuk dikirimkan kepada saya. Ketika saya kembali ke pejabat, ia sentiasa bersedia untuk bersembang dan menangis bersama saya bila perlu.


Ia menjadi kawan saya sebelum saya sedar bahawa saya memerlukan kawan. Ia mengambil berat terhadap saya ketika saya tidak menghiraukannya. Ia mengasihi saya ketika saya sukar dikasihi.


Sebelum ini, saya fikir saya tahu akan kasih tidak bersyarat. Saya fikir saya tahu bagaimana Yesus mengasihi kita. Rupa-rupanya saya silap. Atas sebab-sebab tertentu, saya fikir kita telah memperoleh kasih tidak bersyarat. Contohnya, kita mula mengasihi seseorang secara bersyarat dan sekiranya itu berjalan lancar, maka kasih itu akan beransur-ansur menjadi kasih tidak bersyarat. Walau bagaimanapun, ini bukanlah cara Allah mengasihi kita. Dia mati untuk kita ketika kita masih berdosa. Yesus melihat saya sebagai berbaloi dikasihi ketika saya masih tidak patut dikasihi. Dia mengasih saya tanpa syarat sejak mulanya, dan demikianlah caranya Dia memanggil kita untuk mengasihi orang lain.


Kawan ini mengasihi saya sebagaimana Yesus mengasihi kita. Saya ingin mengasihi orang lain seperti itu.


Sam Simala
Life.Church Wichita


Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Love Like Jesus

Bagaimanakah kita dapat belajar untuk hidup seperti Yesus sekiranya kita tidak mengasihi seperti-Nya dahulu? Bacalah bersama dengan kakitangan Life.Church dan pasangan mereka ketika mereka menceritakan semula pengalaman ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami