Info Pelan

Mengikuti Yesus, Pengantara KitaSampel

Following Jesus Our Mediator

HARI 7 DARIPADA 7

Yesus, Pengantara Kita


Sepanjang minggu ini, kita telah melihat Yesus menjangkau orang miskin, orang yang tertindas, orang yang takut, orang yang berdosa, semua orang yang terpinggir oleh masyarakat. Dalam tindakan pengantaraan yang terakhir, Dia menanggung hukuman untuk semua dosa supaya kita boleh berdamai dengan Allah sekali untuk selama-lamanya.



Daripada catatan dalam Africa Study Bible yang bertajuk “Jesus, Humanity’s Mediator (Yesus, Pengantara Manusia)”:


Pengantaraan dimasukkan dalam budaya Afrika sebagai alat yang berkuasa untuk menyelesaikan konflik. Secara tradisional, kebanyakan perkahwinan Afrika diatur dalam kehadiran ibu bapa pembaptisan. Orang inilah yang menjadi tempat mengadu bila campur tangan diperlukan. Apabila komuniti berkonflik sekarang ini, orang tua daripada dua pihak akan bertemu bersama dengan pihak ketiga untuk merundingkan perdamaian. Apabila negara berperang, Bangsa-bangsa Bersatu menghantar utusan kedamaian untuk cuba menamatkan pertempuran. Ibu bapa pembaptisan, pihak ketiga, dan utusan kedamaian memainkan peranan pengantara. Mereka menjadi orang tengah antara pihak yang berkonflik demi memulihkan keharmonian dan keamanan.



Kristus datang sebagai pengantara—seorang pengantara yang sempurna. Dia tidak berdosa dan tidak melakukan jenayah yang telah kita lakukan. Namun, sebagai pengantara antara orang yang berkuasa dan orang yang tidak berdaya, Dia mengambil tempat kita. 



Kristus telah mengorbankan nyawa dan menjanjikan bahawa sesiapa yang mempercayai Dia tidak akan menerima hukuman itu. Sebaliknya, orang yang mempercayai-Nya akan menerima hidup yang kekal. Melalui Kristus, dan hanya melalui Dia, kita boleh berdamai dengan Allah. "Kerana hanya ada satu Allah dan hanya ada satu yang dapat memimpin manusia kepada Allah, iaitu Kristus Yesus yang datang ke bumi sebagai manusia. Dia telah menyerahkan diri-Nya untuk menyelamatkan manusia daripada dosa. Hal ini membuktikan bahawa pada waktu yang tepat, Allah menghendaki semua orang diselamatkan” (1 Timotius 2:5-6).



Renungan atau Perbincangan


Mengapakah kita memerlukan Yesus untuk menjadi pengantara kita?



Yesus bertindak sebagai pengantara yang sempurna, menanggung hukuman yang patut diterima oleh kita kerana dosa kita. Mengapakah Yesus rela melakukan ini untuk kita?



Adakah anda berdamai dengan Allah? Jika tidak, apakah satu-satunya cara anda boleh berdamai dengan Dia?



Jika anda belum mempercayai Yesus, pengantara manusia yang agung, janganlah membiarkan sehari lagi berlalu tanpa menemui seseorang yang boleh berdoa bersama dengan anda tentang hal ini.


Hari 6

Perihal Pelan

Following Jesus Our Mediator

Seorang pengemis yang buta berseru dengan kuat di tepi jalan, seorang perempuan yang dipandang hina sebagai perempuan jalang oleh masyarakat yang sopan, seorang pekerja kerajaan yang tidak berakhlak dan dibenci oleh semu...

More

Kami berterima kasih kepada Oasis International Ltd kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://Oasisinternationalpublishing.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami