Info Pelan

Mengikuti Yesus, Pengantara KitaSampel

Following Jesus Our Mediator

HARI 1 DARIPADA 7

Misi Yesus


Pada detik kehidupan Yesus ini, laporan tentang Dia tersebar di seluruh wilayah dan orang di kampung-Nya, Nasaret, ingin tahu. Yesus menjawab soalan mereka semasa giliran Dia untuk membaca Kitab Suci di rumah ibadat. Dia membuka skrol ke Yesaya dan membaca nubuatan purba tentang diri-Nya dan misi-Nya. Dia telah diutus untuk mengkhabarkan "Berita Baik" kepada orang miskin, orang tawanan, orang buta, dan orang yang tertindas. Allah mengasihi orang yang paling terpinggir dan telah memulakan rancangan untuk menyelamatkan mereka—rancangan yang dipenuhi akhirnya melalui kematian dan kebangkitan Yesus, pengantara kita.



Daripada peribahasa dan catatan cerita dalam Africa Study Bible yang bertajuk “Uneasy Truths (Kebenaran yang Meresahkan)”:


Orang Nasaret menentang Yesus kerana mereka fikir Yesus mengutuk mereka dengan kata-kata-Nya bahawa orang bukan Yahudi akan menerima kasih kurnia Allah bukannya orang Yahudi (Lukas 4:23-28). Satu peribahasa Igbo di tenggara Nigeria berbunyi, “Apabila tulang yang kering disebut, wanita tua sentiasa berasa resah.” 



Apabila orang mendengar kebenaran tentang diri sendiri, mereka cenderung berasa resah. Satu mesej yang tidak membuat orang terharu mungkin tidak merangkumi kebenaran yang berkenaan dengan pendengarnya. 



Semasa anda membaca Injil, anda mungkin berhadapan dengan pepatah yang susah dan realiti yang menyakitkan. Kuncinya ialah membaca dan mendengar dengan hati yang terbuka terhadap mesej Kristus.



Renungan atau Perbincangan


Bagaimanakah Yesus menggambarkan misi-Nya? 



Dari segi apakah anda boleh menerapkan misi-Nya dalam hidup anda? 



Meskipun misi Yesus untuk mengkhabarkan Berita Baik, orang di kampung-Nya menolak Dia. Pada pendapat anda, mengapakah kebenaran yang diucapkan-Nya membuat mereka begitu marah walaupun mereka berasa kagum akan kata-kata bijaksana-Nya? 



Adakah anda mengenali sesiapa yang betul-betul mengerjakan berita baik Yesus? Apakah yang anda dapat belajar daripada mereka?


Hari 2

Perihal Pelan

Following Jesus Our Mediator

Seorang pengemis yang buta berseru dengan kuat di tepi jalan, seorang perempuan yang dipandang hina sebagai perempuan jalang oleh masyarakat yang sopan, seorang pekerja kerajaan yang tidak berakhlak dan dibenci oleh semu...

More

Kami berterima kasih kepada Oasis International Ltd kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://Oasisinternationalpublishing.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami