Info Pelan

Mengikuti Yesus, Pengantara KitaSampel

Following Jesus Our Mediator

HARI 6 DARIPADA 7

Yesus dan Orang yang Tidak Berakhlak 


Pegawai kerajaan yang tidak berakhlak dibenci dan ditakuti oleh orang yang ditindas oleh mereka. Namun, Yesus menjangkau penindas dan orang yang tertindas.



Daripada catatan penerapan Africa Study Bible yang bertajuk “A Life-Altering Encounter (Pertemuan yang Mengubah Hidup)”:


Zakheus ingin melihat siapa Yesus itu. Ia berusaha dengan berlari mendahului orang ramai dan memanjat pokok untuk melihat Yesus yang akan melalui tempat itu. Zakheus akan berpuas hati melihat Yesus sahaja. Walau bagaimanapun, Yesus menawarkan pengalaman yang lebih bermakna kepada Zakheus.



Selepas Zakheus menemui Yesus secara peribadi, ia tidak lagi meneruskan kerja memungut cukainya seperti biasa. Sebelum ini ia menipu orang, tetapi ia menyedari bahawa ia harus berhenti menipu dan membayar balik apa yang telah dicurinya. Zakheus mengakui bahawa ketidakjujurannya telah menyebabkan kemiskinan di sekelilingnya. Ia merasai tanggungjawab yang baru terhadap komunitinya.



Zakheus ialah contoh seseorang yang betul-betul ingin mengenali Yesus. Akibatnya, Yesus menunjukkan cara hidup yang baru kepadanya. Zakheus menerima itu sepenuhnya dengan mengubah nilai dan tingkah lakunya. Jika kita berbalik kepada Yesus, hidup kita akan diubah.



Mesej daripada cerita Zakheus jugalah injil boleh menjangkau setiap orang, termasuk orang yang tidak berakhlak dan telah menganiayai orang lain. Sama ada anda ialah orang yang paling dibenci dalam masyarakat, seorang banduan, penjual dadah, atau lebih teruk lagi, hadiah keselamatan Yesus dan cara hidup yang baru tersedia bagi anda.



Renungan atau Perbincangan


Yesus memilih untuk menjadi tetamu Zakheus meskipun orang lain berkata Dia tidak harus berbuat demikian. Mengapakah Yesus pergi ke rumah seorang pendosa yang terkenal?



Pada pendapat anda, mengapakah Zakheus, walaupun tidak berakhlak, ingin melihat Yesus? 



Apakah hasil lawatan Yesus dalam hidup Zakheus dan komunitinya?



Pernahkah Yesus memberikan kesan terhadap hidup anda? Jika ya, apakah kesan itu terhadap komuniti anda?


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Following Jesus Our Mediator

Seorang pengemis yang buta berseru dengan kuat di tepi jalan, seorang perempuan yang dipandang hina sebagai perempuan jalang oleh masyarakat yang sopan, seorang pekerja kerajaan yang tidak berakhlak dan dibenci oleh semu...

More

Kami berterima kasih kepada Oasis International Ltd kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://Oasisinternationalpublishing.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami