Info Pelan

Mengikuti Yesus, Pengantara KitaSampel

Following Jesus Our Mediator

HARI 5 DARIPADA 7

Yesus dan Orang yang Menderita


Penderitaan, seperti kemiskinan, wujud dalam pelbagai bentuk. Yesus menumpukan perhatian pada orang yang menderita dari segi fizikal atau rohani serta memberikan respons terhadap rayuan mereka.



Daripada perumpamaan dan catatan cerita Africa Study Bible yang bertajuk “Blind Enough to See (Cukup Buta untuk Melihat)”:


Ada pepatah yang popular dalam banyak budaya Afrika, terutamanya dalam kalangan orang Mendi di Sierra Leone, bahawa “anak yang menangis dengan paling kuat mendapat perhatian yang paling banyak daripada ibu.”



Pengemis yang buta di jalan ke Yerikho tidak dapat mengejar Yesus, tetapi ia berupaya mendapat perhatian Yesus dengan suaranya. Ia menjerit—dan mendapat perhatian Yesus seperti anak yang menjerit mendapat perhatian ibu bapanya.



Berseru kepada Yesus dengan beriman, walau apa pun situasi anda, akan mendapat perhatian-Nya. Pada waktu inilah jawapan bagi doa anda bermula. Anda tidak perlu hidup memendam derita atau memikul beban itu sendirian; Yesus ada dekat dengan anda dan anda cuma perlu memanggil nama-Nya dalam doa.



Renungan atau Perbincangan


Daripada reaksi orang buta itu, ia nampaknya mengetahui siapa Yesus itu. Apakah yang mungkin didengarnya tentang Yesus?



Orang ramai memanggil Dia “Yesus, orang Nasaret”, tetapi orang buta itu memanggil Dia "Yesus, Anak Daud". Apakah yang dinyatakan oleh dua gelaran yang berbeza ini tentang Yesus?



Mengapakah Yesus menanya orang buta itu apa yang diinginkannya memandangkan jawapannya adalah jelas?



Adakah lingkungan penderitaan anda yang memerlukan bantuan Yesus sekarang ini? Beritahu Dia dalam doa.


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Following Jesus Our Mediator

Seorang pengemis yang buta berseru dengan kuat di tepi jalan, seorang perempuan yang dipandang hina sebagai perempuan jalang oleh masyarakat yang sopan, seorang pekerja kerajaan yang tidak berakhlak dan dibenci oleh semu...

More

Kami berterima kasih kepada Oasis International Ltd kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://Oasisinternationalpublishing.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami