Info Pelan

Sukacita yang MenggoncangkanSampel

A Jolt of Joy

HARI 4 DARIPADA 31

Para gembala tersebut menghabiskan masa di dalam gelap dan sejuk di malam Bethlehem berkumpul di sekeliling unggun api yang mengeluarkan sedikit cahaya dan hembusan udara yang suam. Para gembala tidak berpendidikan, ahli rendah dalam masyarakat dengan kotoran di dalam minda mereka dan air liur domba di antara jari kaki mereka. Para gembala tidak pernah mempunyai apa-apa harapan kemajuan ... tidak pernah mempunyai harapan untuk memiliki tanah mereka sendiri ... tidak pernah mempunyai harapan untuk maju dalam kehidupan. Dunia terbantut mereka tidak pernah berubah ... hanya malam demi malam domba mengembek dan jenaka tidak sopan yang memalukan di sekeliling unggun api yang lama. Dunia mereka berpusatkan kegelisahan, keluhan, kederhakaan dan domba yang dipenuhi kutu. Dan anda memikirkan bahawa kehidupan anda buruk?!



Suatu malam ketika mereka menggigil dan cuba untuk berjaga, syurga meletus ke dalam dunia mereka yang kecil dan gelap. Lagu daripada malaikat-malaikat memecah ke dalam zon perang bumi dan menyatakan sukacita syurga ke dalam keberadaan mereka yang gelap dan sejuk. Bintang-bintang jatuh dalam warna-warna yang jarang dan gemilang di saat langit dibuka, dan koir malaikat secara gilang-gemilang menyanyikan simfoni yang hebat yang masih boleh didengari hari ini.



"Sesungguhnya, Aku membawa berita baik iaitu SUKACITA besar yang adalah bagi semua orang!"



Yesus memasuki dunia kita dengan sukacita dan ini masih lagi karuniaNya buat anda hari ini. KehadiranNya di dalam kehidupan anda menjadikan kegelapan secara ajaibnya hilang dan melahirkan pengharapan.



Perkataan pertama yang digunakan untuk menggambarkan kelahiran Yesus adalah perkataan "sukacita"! Saya percaya bahawa ia harus menjadi perkataan pertama yang digunakan untuk menggambarkan diri anda juga. Sukacita ialah tanda lahir Kristian dan ia seharusnya mengalir keluar dari setiap pori-pori emosi dan rohani dari tubuh anda. Anda telah dicap untuk hidup dengan sukacita syurga dan sekarang adalah giliran anda untuk menyanyi nyanyian para malaikat!



Hidup anda adalah tentang membawa kehadiran Kristus ke dalam dunia dingin kita yang tidak mempunyai pengharapan dan gelap. Maria merupakan pembawa pertama Anak Kristus supaya kita, juga, dapat menjadi pembawa DNA ilahi. DNA syurga dieja "S-U-K-A-C-I-T-A" dan dunia yang dingin serta gelap tempat anda tinggal sangat terdesak untuk itu!
Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

A Jolt of Joy

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terb...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami