Info Pelan

Sukacita yang MenggoncangkanSampel

A Jolt of Joy

HARI 6 DARIPADA 31

Apabila anda mempunyai sukacita di dalam kehidupan anda, kesaksian anda akan bertambah! Apabila sukacita dikembalikan kepada anda, anda akan mempunyai kekuatan untuk membuat perubahan di hari-hari perjalanan anda di bumi ini. Para pendosa akan mendengarkan anda kerana anda mempunyai sukacita. Orang yang melanggar hukum akan berminat dengan apa yang anda katakan apabila anda memperlihatkan sukacita yang hanya dibawa oleh keselamatan.



Bukankah itu yang kita semua mahukan? Kita semua mahu membuat perubahan ketika hayat kehidupan kita. Kita mahu kehidupan kita lebih bermakna daripada hanya sekadar tanda sengkang di batu nisan kita. Kita mahu meninggalkan legasi kehidupan sesiapa yang telah diubah kerana mereka menyeberang di lintasan kehidupan kita. Sukacita akan membolehkan anda untuk membuat perubahan di dalam kehidupan orang lain.



Sukacita akan menguatkan kesaksian anda dan anda akan mempunyai kekuatan untuk mengubah kehidupan orang lain. Jika anda berfikir bahawa sukacita diciptakan hanya untuk membuat anda berasa lebih baik, anda harus mengubah cara berfikir anda! Allah menginginkan generasi yang penuh dengan sukacita yang sanggup untuk memberi impak yang dalam di dunia tempat kita tinggal. Saya ingin ... apa kata anda?!
Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

A Jolt of Joy

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terb...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami