Info Pelan

Sukacita yang MenggoncangkanSampel

A Jolt of Joy

HARI 7 DARIPADA 31

Sukacita bukanlah respon natural kepada kehidupan tetapi ia adalah respon luar biasa kepada kehidupan. Oleh sebab itulah ia adalah buah Roh dan bukan dari personaliti anda. Sukacita bukanlah reaksi spontan kepada keadaan anda tetapi ia adalah saat keajaiban dalam dunia yang gelap dan hampir mati ketika kehadiranNya dinyatakan melalui kehidupan anda. Sukacita yang anda alami dan tunjukkan terlahir daripada hubungan denganNya.



Anda tidak dijadikan untuk tertekan atau untuk menunjukkan roh kritikal: anda tidak dijadikan untuk gosip atau kepahitan. Anda tidak dijadikan untuk jauh dari suami anda dengan tiadanya komunikasi, untuk menyebabkan konflik di gereja atau untuk teriak dalam kemarahan kepada anak anda. Anda dijadikan untuk sukacita!



Apakah yang akan terjadi jika saya tidak mengisi tangki minyak dengan minyak gas tetapi dengan pasir untuk menjimatkan duit? Saya bukan sahaja tidak akan sampai ke destinasi tetapi juga akan merosakkan kereta tersebut! Ini juga merupakan gambaran sedih tentang apa yang terjadi apabila umat Kristian cuba hidup dengan rasa tertekan, kemarahan dan kepahitan. Anda tidak akan mencapai destinasi anda dalam hidup.



Anda telah dicipta untuk menjadi umat Kristian yang menghasilkan buah! Anda tidak akan menghasilkan buah kecuali jika anda meluangkan waktu dengan Yesus. Setiap hari ... sepanjang hari hanya memerapkan tentang Siapa Dia dan apa yang Dia ada untuk anda. Suburkan kehidupan anda dengan Firman Allah dan dengan doa. Sejauh mana Yesus mendiami seluruh kehidupan anda adalah sejauh mana anda akan menghasilkan sukacita!
Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

A Jolt of Joy

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terb...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami