Info Pelan

Sukacita yang MenggoncangkanSampel

A Jolt of Joy

HARI 1 DARIPADA 31

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapakah anda tidak dapat memasuki ke dalam keajaiban, kepenuhan dan sukacita yang besar yang Alkitab katakan? Mungkin kekecewaan anda berpunca daripada fakta bahawa anda telah mencari sukacita di semua tempat yang salah. Jika anda percaya bahawa pendidikan kolej yang mengagumkan, rumah yang bersih atau 5 orang anak yang berkelakuan baik adalah kunci kepada Kerajaan Sukacita .. anda memiliki semuanya salah. Jika anda juga berfikir bahawa hilang 27.5 pounds atau berkahwin dengan orang yang anda impikan atau mempunyai passport yang penuh dengan setem yang mengagumkan daripada tempat yang eksotik dan jauh akan memberikan anda jaminan kepada sukacita yang sempurna dan berkekalan ... sekali lagi wahai kawanku ... anda memiliki semuanya salah. Sukacita ditemui di dalam satu tempat dan hanya satu tempat ... "Di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna!"



Jika anda menginginkan sukacita yang begitu meluas sehingga ia dapat mengalahkan setiap keadaan lain dalam hidup maka anda harus meluangkan masa di dalam kehadiran Tuhan. Jika anda terdesak untuk sukacita yang benar-benar akan menentang semua situasi kesedihan dalam kehidupan anda maka anda harus memilih untuk memerapkan diri di dalam kehadiranNya.



Bagaimanakah anda melakukannya? Ia tidaklah susah sangat. Anda memilih untuk menjadikan suatu keutamaan untuk meluangkan masa membaca Alkitab setiap hari ... anda mungkin memasang CD puji-pujian dan turut menyanyi bersama! Jika anda sangat berani dan sangat terdesak... anda akan memilih untuk mengangkat tangan anda ke udara sebagai perbuatan penyerahan diri anda semasa anda memuji. Satu lagi pilihan yang menarik ialah untuk menghabiskan masa bersendirian di dalam doa setiap hari. Hanya anda dan Yesus. Hanya tutup pintu di bilik tidur anda dan berlutut di sebelah katil anda kerana anda mengadakan perbualan dari hati ke hati dengan seorang yang lebih mengenali anda dan sangat mencintai anda.



Apabila anda bangun daripada berlutut dan berjalan keluar dari bilik tidur anda untuk menghadapi dunia ... anda akan mengetahui bahawa anda tidak keseorangan. Anda mempunyai seorang rakan karib baru untuk berjalan bersama dengan anda. Siapakah nama rakan karib baru anda? Anda cuma perlu memanggil rakan ini ... Sukacita!
Hari 2

Perihal Pelan

A Jolt of Joy

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terb...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami