Info Pelan

Mengucapkan HidupSampel

Speaking Life

HARI 5 DARIPADA 6

Kata-kata yang Dijadikan Panduan 

Oleh sebab musuh kita berbohong kepada kita, kita perlu membuat keputusan untuk mengucapkan kuasa dan kebenaran terhadapnya! Kita perlu mengambil tindakan untuk mengubah haluan kata-kata dan fikiran negatif. Kita memerlukan KATA-KATA YANG DIJADIKAN PANDUAN yang dipenuhi kuasa. Kemudian, kita perlu mengucapkannya berulang kali sehingga kata-kata tersebut sampai ke hati dan fikiran kita.


Hal yang paling benar tentang saya sentiasanya apa yang dikatakan oleh Allah tentang saya…bukan apa yang saya fikir atau rasa dan bukan apa yang dikatakan, difikirkan atau dilakukan oleh orang lain. Kita begitu dilumpuhkan oleh bohong dan kepercayaan palsu sehinggakan kita jauh terlepas daripada rancangan manis Tuhan. Kaji Firman-Nya. Biarlah iman anda berbicara dan minta Allah untuk bantu anda dengan sebarang ketidakpercayaan anda. 


Kita perlu membuat komitmen baru untuk menghentikan bicara kendiri negatif. Seperti mana-mana tabiat toksik yang buruk, anda boleh membuat keputusan untuk menghentikan kelakuan ini. Ini mungkin mengambil masa, ketabahan, perhatian, dan kekuatan untuk menghentikan bicara kendiri negatif sepenuhnya kerana bagi banyak antara kita tabiat ini telah tertanam dalam diri kita, suatu kebiasaan. Sebaik sahaja anda sedar bahawa anda berbuat demikian, fahamilah bahawa anda perlu sentiasa mengganggu diri dan fikiran anda untuk menghentikannya sepenuhnya. Menjadi sedar akan kelakukan ini adalah kunci untuk berhenti. 


Apabila kita menawan fikiran kita dan kata-kata kita, kita mendapat balik kehidupan kita! Saya mencabar anda untuk membuat senarai akuan harian untuk diucapkan kepada DIRI anda…kata-kata yang dijadikan panduan. Latihan ini adalah langkah yang penting untuk menawan fikiran kita dan kemudiannya kata-kata kita. Sudah tiba masanya untuk mengamalkan mengucapkan kuasa dan kebenaran terhadap kehidupan kita dengan menuliskan akuan harian.


Pertama, mulakan dengan apa-apa fikiran atau bicara kendiri negatif yang menguasai atau memenuhi fikiran anda. Senaraikan apa-apa bohong yang anda percaya. Apakah kebenaran negatif yang membebani anda dan menghalang anda daripada menjalankan kehidupan yang terbaik? Jika fikiran, bicara kendiri atau kata-kata kita tidak selaras dengan kebenaran Allah, kita perlu mengenal pastinya. 


Kedua, cari ayat Alkitab sebagai penawar bagi fikiran negatif atau bohong tersebut. Kebenaran rohani ini akan membebaskan anda daripada bohong dan benteng/corak tersebut. Tawan fikiran dan kata-kata anda dengan kebenaran-Nya! Pilih kata-kata yang selaras dengan Firman Allah.


Akhirnya, kaji ayat Alkitab tersebut dan bentuk pernyataan positif, bersetuju dengan pernyataan ini supaya anda dapat menuntut dan mengucapkannya semula terhadap kehidupan anda. Ini merupakan pengakuan positif yang selaras dengan KEBENARAN. Buat senarai anda. Apakah akuan yang anda ucapkan untuk membawa kemuliaan Allah dan hasil yang lebih baik kepada kehidupan anda?


Mengucapkan akuan tersebut setiap hari akan membantu anda mula menawan kehidupan anda dengan mengawal lidah anda. Tolak percakapan yang bukan daripada Firman Allah terhadap kehidupan atau situasi anda. Kuasai kehidupan anda dengan ayat Alkitab dan kuasa pengakuan anda. Inilah KATA-KATA YANG DIJADIKAN PANDUAN anda.


Renungan:


Apakah beberapa fikiran dan bohong yang tidak selaras dengan Firman Allah yang datang dalam fikiran anda? Berfikir-fikir untuk memilih kebenaran yang memberikan hidup untuk menggantikan fikiran tersebut.


Doa:


Tuhan, saya mahu mengucapkan dan menjalankan hidup berdasarkan kebenaran-Mu tentang saya. Sering kali, saya rasa terperangkap dalam kenegatifan dan beban dunia berada di atas bahu saya. Tolonglah saya untuk mencari kebenaran-Mu yang memberikan hidup dan merenungkannya setiap hari.


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Speaking Life

Kata-kata, kata-kata, kata-kata, kata-kata yang berkuasa! Kata-kata yang membina atau kata-kata yang membinasa. Kata-kata yang memberikan hidup atau kata-kata yang membawa maut. Pilihan terletak di tangan kita. Marilah k...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Roxanne Parks kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.roxanneparks.com/home.html

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami