Info Pelan

Mengucapkan HidupSampel

Speaking Life

HARI 4 DARIPADA 6

Bicara Kendiri 

Suara yang paling kuat yang kita dengar adalah suara kita sendiri. Suara dalam kita…bicara kendiri. Sungguh lembut, tetapi sungguh berkuasa. Bicara kendiri adalah baik. Bicara kendiri adalah sesuatu yang kita lakukan secara semula jadi sepanjang waktu kita sedar. Bicara kendiri adalah sejenis pemprograman neuro-linguistik. Disebabkan oleh sifat berulangnya, bicara kendiri berpotensi membentuk dan mencorakkan kesedaran kita.


Musuh kita ialah pemusnah. Ia suka membawa dusta sejak awal zaman kanak-kanak dan kemudiannya meyakinkan kita bahawa kepercayaan palsu ini adalah kebenaran kita. Satu-satu hal yang benar tentang kita adalah apa yang Allah, Pengait, Peribadi yang Mengetahui, Pereka Bentuk, Pencipta, katakan tentang kita. Dapatkah kita membezakan antara dua suara tersebut? Satu suara itu membawa hidup dan yang satu lagi membawa maut, biasanya kematian membebankan yang perlahan. 


Kita sudah berbincang bahawa fikiran kita membawa kepada kata-kata kita. Kemudiannya, kita mendengar "diri" kita bercakap tentang "diri" kita. Apa yang kita katakan kerap menjadi hakikat kita. Jika kita berfikir/bercakap bahawa kita adalah kurang cerdik, bodoh atau gemuk, kita berkemungkinan menjalankan kehidupan menurut pertuturan kita itu. Bagaimana kalau kita bersetuju dengan Pencipta kita dan memanggil diri sendiri dicipta dengan baik dan luar biasa? Suatu karya agung? Anak perempuan Raja? Adakah kita akan hidup dengan berbeza? Apabila kita berfikir secara berbeza, kita hidup secara berbeza. Mengubah cara anda berfikir akan mengubah perspektif anda lalu mengubah apa yang anda katakan dan cara anda bertindak di dunia ini.


Bicara kendiri yang positif: Kita menjadi lebih sedar bahawa bicara kendiri positif adalah alat yang berkuasa untuk menambahkan keyakinan kendiri dan mengawal emosi negatif. Ini merupakan strategi yang luar biasa untuk perubahan. Kata-kata positif adalah baik untuk kesihatan kita kerana kata-kata positif membantu menambahkan lagi keyakinan kita, memperbaik angin kita, menghilangkan tekanan dan membaiki kesihatan hati serta kesejahteraan. Orang yang dapat menguasai bicara kendiri positif dianggap lebih berkeyakinan, bermotivasi, dan produktif. Allah telah mencipta kita untuk hidup dan memiliki kehidupan yang berkelimpahan. Adakah bicara kendiri anda selaras dengan rancangan-Nya dan Firman-Nya terhadap anda?


Bicara kendiri yang negatif: Kita juga semakin sedar akan kesan kritikan dalaman kita, bicara kendiri kita yang negatif. Bicara kendiri yang negatif boleh mempengaruhi harga diri anda, pandangan anda akan kehidupan, tahap tenaga anda, hubungan anda, dan juga kesihatan anda. Dengan menjadi sedar akan bicara kendiri yang negatif, kita boleh memulakan proses menggendalakan yang perlu atas tabiat yang membinasakan ini. Sudah tiba masanya untuk mendiamkan suara negatif dalam kepala kita dan mengucapkan kehidupan dan kebenaran terhadap kehidupan kita.


Bicara kendiri kita adalah penting. Berikan perhatian. Selalunya, agak biasa untuk bercakap secara negatif tentang diri sendiri dan kepada diri sendiri sehinggakan anda tidak sedar bahawa anda berbuat demikian. Saya tertanya-tanya jika, sepanjang 24 jam seterusnya, sama ada anda akan meluangkan masa untuk menumpukan perhatian pada fikiran anda dan juga memerhatikan bagaimana anda bercakap tentang diri sendiri? Buatlah komitmen untuk menghapuskan bicara kendiri yang negatif. Sesudah itu, selaraskan fikiran dan kata-kata anda dengan kebenaran-Nya yang dipenuhi kuasa.


Renungan:


Dari segi apakah anda dapat menyelaraskan bicara kendiri anda dengan apa yang dikatakan oleh Allah tentang anda? Adakah anda bersikap baik hati terhadap diri sendiri? Adakah anda mengetahui dan berbicara tentang identiti anda dalam Kristus?


Doa:


Tuhan, tolonglah saya untuk mempercayai bahawa saya ialah siapa yang Engkau katakan tentang diri saya ini. Saya berdoa agar suara-Mu adalah suara yang paling kuat dalam kehidupan saya. Biarlah saya membicarakan hati-Mu kepada hati saya.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Speaking Life

Kata-kata, kata-kata, kata-kata, kata-kata yang berkuasa! Kata-kata yang membina atau kata-kata yang membinasa. Kata-kata yang memberikan hidup atau kata-kata yang membawa maut. Pilihan terletak di tangan kita. Marilah k...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Roxanne Parks kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.roxanneparks.com/home.html

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami