Info Pelan

Mengucapkan HidupSampel

Speaking Life

HARI 3 DARIPADA 6

Memilih untuk Mengucapkan Kehidupan 



Apa yang kita katakan adalah penting. Kata-kata merupakan kuasa yang paling berkuasa bagi manusia. Kita boleh memilih untuk menggunakan kuasa ini secara membina, membina orang lain, atau membinasakan mereka. Hanya beberapa patah perkataan sahaja boleh menyakitkan hati seseorang.  Dan luka tersebut boleh sembuh tetapi akan meninggalkan parut yang tidak akan hilang. Kata-kata kita mempunyai kuasa yang besar untuk membantu atau menyakitkan, untuk meriangkan atau membinasakan, untuk membina atau menghapuskan, untuk menyinggung perasaan atau berbaik-baik, untuk mengakui atau merenggangkan, untuk menghibur atau mengkritik. 



Kata-kata yang diucapkan di rumah kita mempunyai kesan yang mendalam dan mengagumkan terhadap kesihatan dan kesejahteraan masa depan. Ibu bapa boleh menyerang dengan lidah yang tajam dan betul-betul membinasakan anak mereka. Anak boleh meledak pada ibu bapa dengan kata-kata yang memusnahkan seluruh keluarga seperti bom. Apabila kita bereaksi dan memberikan respons terhadap situasi dengan kata-kata yang sangat membinasakan, implikasinya mungkinlah amat besar dan membinasakan terhadap jiwa penerima kata-kata tersebut. Memanglah mudah untuk menyuarakan perasaan dan fikiran kita; akan tetapi, kawalan diri, kekuatan, dan integriti mutlak diperlukan untuk menyatakan diri secara positif walau apa pun situasinya. Berhenti dan menarik nafas sebelum anda bercakap, terutamanya ketika anda berasa tertekan. Sebagai ibu bapa, kita perlu mengucapkan kehidupan terhadap anak kita sejak kelahiran mereka.



Pasangan suami isteri mesti mempertimbangkan kuasa kata-kata kepada satu sama lain. Kerja kita, berita dunia, anak dan kehidupan sering kali meletihkan. Kita perlu membina perkahwinan kita dan rumah kita dengan dorongan meningkatkan kehidupan yang positif, yang terhasil daripada iman yang memberikan hidup dan bukannya daripada trauma, kebimbangan atau ketakutan. 



Joyce Landorf Heatherley menulis sebuah buku bertajuk Balcony People. Sesetengah orang berada di 'beranda' kehidupan anda, bersorak memberikan galakan kepada anda, memberikan anda tenaga dengan pengakuan mereka. Sesetengah orang pula berada di 'tingkat bawah tanah' melakukan hal yang bertentangan. Buku ini adalah tentang 'orang yang berada di beranda.' Adakah anda seorang yang berada di beranda? Ataupun orang di tingkat bawah tanah itu?



Iblis membuat rancangan jahat untuk membuat kita memandang rendah kuasa kata-kata kita. Oleh sebab sifatnya adalah untuk membinasa, ia bekerja secara tetap untuk menghalakan kata-kata anda ke arah kenegatifan. Jangan biarkan ia berjaya! Ia tahu kata-kata anda bukanlah tidak bermakna atau tidak berkuasa. Kata-kata mempunyai kuasa kreatif, sepertimana yang ditunjukkan oleh Allah apabila Dia mencipta langit dan bumi dengan kata-kata-Nya. Kini, kita berkuasa melakukan hal yang sama di dunia ini.



Berfikir-fikirlah tentang kenyataan bahawa kata-kata anda mempunyai kuasa yang luar biasa. Anda berkuasa mempengaruhi dan mengubah kehidupan setiap orang yang anda kongsikan dunia anda…keluarga anda, kawan anda, jiran anda dan orang asing yang berlalu. Memanglah pilihan anda untuk menggunakan kata-kata yang memberikan ilham dan membina atau membinasa dan memusnahkan. Ingat, setelah diucapkan, kata-kata anda tidak dapat ditarik balik.



Berikan tumpuan pada bahasa anda.



Pilihlah untuk mengucapkan kehidupan!



Renungan:



Pertimbangkan kuasa setiap kata-kata anda untuk membina dan mendorong atau untuk membinasa dan memusnah. Bagaimanakah anda dapat menjalankan usaha bersepadu untuk mengucapkan kehidupan terhadap orang lain?



Doa:



Ya Tuhan, tolonglah saya untuk menyedari setiap kata-kata yang keluar daripada mulut saya. Ajarlah saya untuk mengucapkan kebenaran yang memberikan hidup terhadap hati orang lain.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Speaking Life

Kata-kata, kata-kata, kata-kata, kata-kata yang berkuasa! Kata-kata yang membina atau kata-kata yang membinasa. Kata-kata yang memberikan hidup atau kata-kata yang membawa maut. Pilihan terletak di tangan kita. Marilah k...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Roxanne Parks kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.roxanneparks.com/home.html

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami