Info Pelan

Mengucapkan HidupSampel

Speaking Life

HARI 1 DARIPADA 6

Kuasa Lidah 

Kehidupan dan kematian terikat pada kuasa lidah! Adakah kita mempercayai ini? Meskipun lidah itu kecil, lidah itu dapat menyampaikan ucapan yang hebat. Percikan api, jugalah sesuatu yang kecil, boleh membakar hutan yang luas. Kemudi kapal jugalah sesuatu yang kecil yang dapat menentukan arah kapal yang besar. Antara semua bahagian tubuh kita, lidah adalah bahagian yang paling berkuasa dan dapat menghanguskan seluruh dunia anda ataupun menghidupkan jiwa yang letih. Pilihlah.


Firman memberitahu kita bahawa kata-kata kita boleh menjadi seperti api, menceraikan sahabat akrab, membangkitkan amarah, dan kebodohan. Sebaliknya, Firman juga menyatakan bahawa lidah kita dapat mengucapkan kata-kata yang mempunyai kuasa untuk menyelamatkan … kata-kata bagaikan buah emas, segar seperti air yang mengalir atau bagaikan madu yang menyihatkan badan. Kata-kata kita mempunyai kesan yang baik atau jahat.


Lidah kita dan kuasanya untuk menggunakan kata-kata adalah kurnia yang unik dan berpengaruh daripada Allah. Apabila kita membaca kitab Amsal, kita mesti memerhatikan bahawa ayat demi ayat tentang kuasa kata-kata kita asyik melompat daripada halaman kitab itu. Amsal 12:6 mengajar bahawa kata-kata kita berkuasa untuk membunuh dan berkuasa untuk menyelamatkan. Adakah kita menggunakan kata-kata daripada lidah kita untuk menyelamatkan atau membunuh orang lain? Siapakah yang mengawal lidah anda? Siapakah yang kita salahkan apabila kata-kata yang menyakitkan hati terkeluar daripada mulut kita? Memanglah sangat mustahak bahawa kita membuat keputusan yang sedar untuk mengawal output lidah kita sendiri.


Memandangkan kata-kata kita yang berkuasa, positif, dan indah dapat menyembuhkan dan meningkatkan kehidupan, kita mesti suka mengucapkan kata-kata seperti ini. Apabila diucapkan dengan kebenaran, kata-kata kita berupaya mengubah hidup. Berhenti dan berfikir tentang cara anda berkomunikasi. Adakah kata-kata anda menggalakkan orang lain untuk mencapai kebaikan? Adakah kata-kata anda menyokong dan membantu seseorang yang sedang menderita? Adakah kata-kata anda memelihara, memupuk, dan memberikan ilham kepada anak anda?


Malangnya, emosi seperti kebencian, ketakutan, kemarahan, keraguan, kehampaan, dan kegeraman boleh dinyatakan dan diburukkan lagi oleh kata-kata juga. Sama ada kata-kata dituliskan atau diucapkan, kata-kata tersebut berkuasa membinasakan dan memusnahkan suasana yang sihat, termasuk hubungan.


Beberapa tahun lalu, saya telah menerima cabaran yang terkandung dalam Efesus 4:29 yang menyatakan, "Janganlah gunakan kata-kata kotor dalam percakapan kamu. Gunakanlah kata-kata yang membina dan memberikan pertolongan, supaya apa yang kamu katakan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang mendengarnya." Sesungguhnya satu arahan yang berkuasa. Ini menjadi projek menjinakkan lidah saya. Mengalami ketandusan gurun kata-kata yang menyakitkan hati, saya berasa teruja untuk memulakan pengembaraan baru yang memberikan hidup ini. Saya ingin mengucapkan hidup kepada dunia saya bermula dengan lidah saya.


Memandangkan lidah kita memiliki kuasa yang hebat atas kehidupan atau kematian, kita mesti sedar akan apa yang kita ucapkan dan bagaimana kita mengucapkannya. Pertimbangkan kata-kata anda. Kata-kata anda boleh mengubah segala sesuatu! 


Renungan:


Kecil. Cepat. Mudah. Pertimbangkan kesan kata-kata anda. Bagaimanakah anda dapat mengucapkan lebih banyak kebenaran yang memberikan hidup dan bukannya kata-kata yang membinasakan?


Doa:


Tuhan, tolonglah saya untuk sentiasa sedar akan kuasa lidah saya dan kata-kata pilihan saya. Tolonglah saya untuk mengucapkan hidup dan bukannya kematian.


Hari 2

Perihal Pelan

Speaking Life

Kata-kata, kata-kata, kata-kata, kata-kata yang berkuasa! Kata-kata yang membina atau kata-kata yang membinasa. Kata-kata yang memberikan hidup atau kata-kata yang membawa maut. Pilihan terletak di tangan kita. Marilah k...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Roxanne Parks kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.roxanneparks.com/home.html

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami