Info Pelan

Kehidupan Berubah: Mendukung IdentitiSampel

Living Changed: Embracing Identity

HARI 5 DARIPADA 6

Kuasa Terhadap Hidup Kita



Semasa kecil, ibu bapa kita berwibawa atau berkuasa terhadap keputusan kita. Meskipun semasa kita menjadi dewasa dan berdikari, kita masih perlu mematuhi undang-undang dan peraturan. Ada jangkaan di tempat kerja, dalam hubungan, dan dalam budaya kita. Terdapat banyak perkara yang perlu diseimbangi, tetapi pada asasnya, kita mempunyai pilihan untuk memutuskan pendapat siapa yang berkuasa terhadap hidup kita.



Semasa kecil, saya ingat akan ayah saya yang berkata saya mempunyai "tulang yang besar." Ia tidak berniat untuk menyakiti saya, dan saya sedar bahawa ia amat menyayangi saya. Namun, itu tidak bermakna kata-kata serangannya itu tidak menyakitkan. Saya berasa kecil hati dan membiarkan komen itu bergema dalam fikiran saya untuk beberapa tahun. Itu merupakan peringatan yang tetap bahawa saya tidak mungkin berbadan kecil dan saya tidak mungkin memadai.



Mungkin, seperti saya, anda pernah disinggung oleh seorang ahli keluarga yang bercakap dengan tidak hati-hati. Mungkin ibu anda memberitahu anda bahawa anda tidak munasabah, atau kakak anda tidak suka menyertai anda. Mungkin anda bergantung pada pujian bos anda untuk berasa anda melakukan kerja dengan baik. Mungkin anda membenarkan media sosial untuk memberitahu anda bahawa anda melampau atau kekurangan. Siapakah yang anda benarkan untuk berkuasa terhadap siapa anda itu dan siapa yang harus anda jadi? Allah dan Firman-Nya harus menjadi kuasa yang terutama dalam hidup anda.



Dalam kitab Matius, kita membaca tentang pertemuan Yesus dengan Iblis. Iblis mencubai Yesus dengan menyerang identiti-Nya. "Jika Engkau Anak Allah," katanya. Saya suka respons Yesus! Dia tidak bersikap mempertahankan diri atau cuba berbahas. Dia tahu siapa Dia itu: Anak Allah, waris takhta syurgawi, Raja segala Raja dan Tuan segala Tuan! Perhatikan bagaimana iblis mempertikaikan identiti Yesus dua kali sebelum menghentikan taktiknya. Ini disebabkan Iblis tidaklah kreatif. Iblis akan terus menggunakan serangan yang sama dan melemparkan dusta yang sama semasa ia mencari kelemahan pada perisai anda. Oleh itu, kita perlu berjaga-jaga, dan seperti Yesus, melawan dengan senjata kita yang paling hebat.



Alkitab digambarkan sebagai Pedang Roh Kudus. Apabila kita menggunakannya untuk memotong dusta yang dilemparkan ke arah kita, kita memberikan Allah kuasa terhadap identiti kita dan menewaskan rancangan musuh. Kita tidak dimaksudkan untuk menempatkan identiti kita dalam kerjaya kita, masa silam kita, status perkahwinan kita, anak kita, apa yang orang lain katakan tentang kita, ataupun apa yang telah kita lakukan untuk gereja. Jawapannya tidak datang daripada komuniti kita, pengkritik kita, atau budaya kita. Hanya Allah yang harus berkuasa terhadap apa yang kita percaya tentang diri kita. Identiti sebenar kita bergantung pada-Nya sahaja. 



Tindakan:



Contohi Yesus. Biarlah respons-Nya terhadap serangan Iblis menjadi pelan peperangan anda. Janganlah beri peluang kepada musuh dengan membolehkannya membuat anda ragu-ragu tentang siapa anda ini. Ketahui cara menggunakan pedang Roh Kudus terhadap dusta musuh, jangkaan dunia ini yang tidak adil, dan bicara kendiri yang negatif. Anda dikasihi, berharga, diinginkan, dan dijaga dengan baik oleh Bapa anda di syurga. Nyatakan kebenaran itu berulang kali sehingga ia menggantikan penipuan yang anda benarkan dalam hati anda. Anda ialah anak kesayangan-Nya.


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Living Changed: Embracing Identity

Dengan banyak suara yang memberitahu kita tentang siapa kita ini, tidak hairanlah kita bergelut dengan identiti kita. Allah tidak mahu kita untuk didefinisikan oleh kerjaya kita, status perkahwinan kita, ataupun kesilapa...

More

Kami berterima kasih kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.changedokc.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami