Info Pelan

Kehidupan Berubah: Mendukung IdentitiSampel

Living Changed: Embracing Identity

HARI 4 DARIPADA 6

Memilih untuk Menjadi Sebahagian daripada Rancangan-Nya  



Apabila kita bersetuju dengan label yang diberikan kepada kita atau mempercayai bahawa kita tidak cukup baik, kita terlepas hidup indah yang diinginkan oleh Allah buat kita. Dia telah mencipta setiap seorang daripada kita dengan campuran sifat, kekuatan, dan bakat yang istimewa, dan Dia berharap kita akan memilih untuk menggunakan semua itu demi kerajaan-Nya. Walau bagaimanapun, apabila kita menumpukan terlalu banyak perhatian pada ketidakyakinan kita, fikiran dan emosi yang negatif itu mudah mengalihkan perhatian kita daripada tujuan-Nya untuk kita.



Beberapa tahun yang lalu, saya mendengar tentang suatu kajian Alkitab wanita yang saya ingin hadiri. Saya rasa begitu sedar kendiri sehinggakan saya hampir tidak menghadirinya. Saya memberitahu diri bahawa mereka tidak memerlukan ibu yang gemuk dan tidak bekerja, yang tidak dapat menyumbangkan apa-apa yang berguna semasa perbincangan kerana ia tidak tahu banyak tentang Alkitab. Entah kenapa, saya mengatasi ketakutan saya dan menghadirinya. Seperti yang selalu dilakukan oleh Dia, Allah menggunakan langkah penyerahan yang kecil itu untuk memulakan transformasi dalam diri saya. Dia menolong saya melihat nilai saya dan memperbaik imej kendiri saya. 



Hal yang saya tidak sedar pada waktu itu ialah Allah meminta saya untuk mempercayai-Nya supaya saya boleh membantu kaum wanita yang lain berbuat demikian kelak. Setelah saya menyerahkan ketidakyakinan saya kepada-Nya barulah saya berupaya mencapai panggilan saya. Sebenarnya, apa yang saya pelajari dalam kajian Alkitab itu menjadi kandungan yang saya gunakan semasa saya mula mengajar. Jika saya membenarkan ketakutan saya untuk menghalang saya daripada menghadirinya hari itu, hidup saya dan pelayanan saya akan menjadi amat berbeza. Barangkali keabadian juga akan kelihatan berbeza. 



Menyedari siapa kita ini dalam Kristus memberikan kita keyakinan Allah. Ketidakyakinan kita tidak lenyap kerana ketidaksempurnaan kita, tetapi kerana kesedaran kita bahawa kuasa-Nya nyata sekali pada masa kita lemah. Sebenarnya, Allah tidak memerlukan kita untuk menjadi sempurna. Dia mengkhusus dalam menggunakan orang yang rasa tidak wajar, kekurangan, dan tidak berupaya. Sepanjang Alkitab, Dia bekerja melalui orang yang tidak sempurna daripada bangsa, jantina, dan zaman yang berbeza untuk mencapai kehendak-Nya. Tiada apa-apa yang membatalkan kelayakan kita di mata-Nya. Kita sahajalah yang menyingkirkan diri daripada perlumbaan itu. Kita boleh memilih untuk membenarkan Allah mendefinisikan kita dan menjadi sebahagian daripada rancangan-Nya ataupun tidak membenarkan Dia untuk mendefinisikan kita dan terlepas peluang memberikan kesan terhadap keabadian.



Tindakan:



Pertimbangkan sejenak bagaimana dusta yang anda percayai tentang diri anda menghalang anda daripada mendengar arahan Allah bagi hidup anda. Adakah anda lebih biasa mendengar pendapat dan jangkaan orang di sekeliling anda, atau adakah anda secocok dengan apa yang sedang dinyatakan oleh Allah kepada hati anda? Jangan terlepas tujuan Allah untuk hidup anda kerana identiti anda diletakkan di tempat yang salah. Mintalah Allah untuk menyingkirkan dusta yang tertanam dalam hati anda. Biarlah Dia membina semula perkara yang remuk. Mintalah Dia untuk menunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh bertumbuh dalam kerajaan-Nya. Anda memiliki tempat yang istimewa dalam hati-Nya dan memainkan peranan yang penting dalam rancangan-Nya.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Living Changed: Embracing Identity

Dengan banyak suara yang memberitahu kita tentang siapa kita ini, tidak hairanlah kita bergelut dengan identiti kita. Allah tidak mahu kita untuk didefinisikan oleh kerjaya kita, status perkahwinan kita, ataupun kesilapa...

More

Kami berterima kasih kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.changedokc.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami