Info Pelan

Kehidupan Berubah: Mendukung IdentitiSampel

Living Changed: Embracing Identity

HARI 2 DARIPADA 6

Label yang Menetapkan Kita



Tiada orang yang suka dilabel. Ini disebabkan label sering kalinya terlalu digeneralisasikan, terbatas, dan tidak tepat. Label diiringi tanggapan, yang mungkin sangat negatif, dan label kerap menyorotkan sifat kita yang paling teruk atau kesalahan terbesar kita. Label tidak membenarkan perbezaan, pertumbuhan, atau penebusan. Sementara orang lain mungkin cuba melabelkan kita, kita berkuasa untuk memilih untuk tidak membenarkan label untuk menetapkan kita.



Dalam lingkungan umur awal dua puluhan saya, saya memakai label perempuan yang melakukan persetubuhan secara rambang. Saya bangga dengan tubuh saya dan suka apabila lelaki memberi perhatian terhadap saya. Saya membuat keputusan buruk demi keputusan buruk kerana saya tidak memandang diri saya sebagai wajar dikasihi. Saya begitu remuk sehinggakan saya berpuas hati dengan kecantikan dan keseksian yang sementara padahal saya seharusnya meminta Yesus untuk menyembuhkan saya dan menjadikan saya tidak bercacat cela. 



Saya terus bergelut untuk mempercayai bahawa saya wajar dikasihi meskipun selepas mengikuti Yesus. Sebagai ibu baru, saya risau saya cumalah orang yang tidak penting dengan berat badan yang berlebihan dan tidak dapat memberikan apa-apa sumbangan kepada dunia ini kerana saya tidak menamatkan pengajian di kolej. Khutbah hari minggu mendorong saya, tetapi saya menghadapi kesusahan menerapkan kebenaran Allah dalam kehidupan sehari-hari saya. Mengenang kembali, saya bersyukur kerana Dia tidak berputus asa terhadap saya. Dia terus memberikan saya peluang untuk melakukan sesuatu untuk Kerajaan-Nya, walaupun ketika saya tidak fikir saya berupaya melakukannya.



Kita semua mempunyai label, sama ada kita mempercayai label yang diberikan oleh orang lain atau kita yang melabelkan diri. Terlalu kerap, kita membenarkan label tersebut untuk mengehadkan kita dan memberitahu kita bahawa kita tidaklah cukup baik. Hanya. Kita menambahkan perkataan kecil tetapi bermakna ini semasa menggambarkan diri dan membenarkan label untuk membatalkan kelayakan kita. Anda mungkin pernah mendengar banyak orang berkata, mungkin anda pernah mengatakannya sendiri. "Saya hanya seorang pelajar sekolah menengah” atau “Saya hanya seorang penagih.” 



Sebenarnya, anda bukan umur anda, status pekerjaan anda, diagnosis anda, status perkahwinan anda, pergelutan anda, atau masa silam anda. Label tersebut mungkinlah satu penerang situasi anda, musim anda, atau dugaan anda, tetapi identiti sebenar anda ialah siapa yang Allah katakan tentang anda dan itu sahaja.



Anda adalah jelita, berupaya, dan berharga. Anda diperbaharui dalam Kristus. Anda tidak diberikan roh yang menjadikan anda penakut, tetapi roh yang melengkapi anda dengan kasih, kuasa, dan tatatertib. Anda ialah lebih daripada penakluk dalam Kristus yang memberikan anda kekuatan. Anda telah dicipta dengan sengaja untuk suatu tujuan. Anda dikasihi. Anda adalah memadai.



Tindakan:



Fikirlah tentang label yang anda pakai, yang bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Allah tentang anda dalam Alkitab. Dalam lingkungan hidup anda yang manakah anda rasa malu? Apakah ketidakyakinan anda yang terbesar? Apakah daripada masa silam anda yang anda cuba sembunyikan kerana anda takut ia diketahui oleh orang lain? Mintalah Allah untuk menunjukkan kepada anda label yang membebani anda dan menolong anda menjajarkan identiti anda dengan kebenaran alkitabiah.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Living Changed: Embracing Identity

Dengan banyak suara yang memberitahu kita tentang siapa kita ini, tidak hairanlah kita bergelut dengan identiti kita. Allah tidak mahu kita untuk didefinisikan oleh kerjaya kita, status perkahwinan kita, ataupun kesilapa...

More

Kami berterima kasih kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.changedokc.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami