Info Pelan

Kehidupan Berubah: Mendukung IdentitiSampel

Living Changed: Embracing Identity

HARI 3 DARIPADA 6

Mengelakkan Perangkap Pembandingan



Pernahkah anda berfikir tentang hal seperti, "Jika saya sekurus itu, saya pasti sudah berkahwin," atau "Jika saya sepintar dia, saya pasti dinaikkan pangkat," atau "Mengapa anak saya tidak berkelakuan baik seperti anaknya?" Jika anda pernah berasa kecewa kerana anda tidak sama dengan orang lain, maka anda mungkin terjerat dalam perangkap pembandingan. 



Semasa membesar, budak lelaki sentiasa membandingkan saya dengan kakak saya. Mereka akan mengatakan saya adalah okey tetapi kakak sayalah yang "menarik". Mendengar itu sungguh menghampakan. Saya ingin sangat diterima tetapi saya selalu dilukai oleh penyisihan. Saya sedar meskipun saya mengurangkan pengambilan makanan, memutihkan rambut, dan memakai pakaian yang terbaik pun, saya tidak mungkin sama dengan kakak saya dan saya tidak mungkin memadai. 



Kemudian dalam hidup, semasa saya memandang Pergunungan Rocky, saya berasa kagum dengan betapa cantik, hebat dan agungnya pergunungan itu. Pada waktu itu, Allah berbisik dalam hati saya bahawa Dia telah mencipta pergunungan itu dan saya. Dia berbicara dengan lembut kepada saya, "Kamu lebih cantik daripada pergunungan itu." Memang sukar bagi saya untuk menerima idea bahawa Pencipta yang telah mencipta landskap yang menimbulkan ilham ini juga membentuk saya dalam rahim ibu saya dan memberikan saya sifat yang dikritik oleh saya. Pada ketika itulah saya membuat keputusan, jika Dia mengatakan saya adalah cantik, saya perlu mula mempercayainya. 



Banyak antara kita telah meyakinkan diri bahawa kita tidaklah memadai. Walau apa pun keinginan kita—kekurusan, kesihatan, kekuatan, kepintaran, kelucuan—kita tidak pernah memadai. Hakikatnya, kita cuma membandingkan apa yang diperhatikan di luaran sahaja, dan kadang-kadang kehidupan yang kelihatan senang, sebenarnya menyeksakan. Kita mungkin membandingkan diri dengan orang yang memakai pakaian bersaiz 6 padahal ia menghadapi gangguan makan. Kita mungkin fikir perempuan yang bekerja tidak bermasalah, tetapi perkahwinannya mungkin mengalami keretakan. Kita mungkin berharap kita memiliki keluarga seseorang yang sempurna dan tidak menyedari bahawa mereka mengalami kemurungan. Kebenarannya ialah tiada orang yang sempurna.



Kita harus berhenti membuat perbandingan. Jika Allah ingin kita untuk menjadi sama, Dia akan mencipta satu acuan yang sempurna bagi seluruh kemanusiaan. Sebaliknya, Dia mencipta kita secara unik. Memanglah penting untuk menyedari hal ini kerana pandangan kita terhadap diri sendiri membentuk cara kita berinteraksi dengan orang lain. Ia mempengaruhi keputusan kita. Ia menentukan haluan hidup kita. Apabila kita membandingkan diri dengan orang lain, kita mengorbankan kesejahteraan, sukacita dan keyakinan kita yang telah diberikan oleh Allah. Walau bagaimanapun, apabila kita membuat fikiran kita taat terhadap Kristus dan menjajarkan fikiran kita dengan apa yang Allah katakan tentang kita dalam Alkitab, kita akan menemui jalan-Nya untuk hidup kita. Hidup yang Dia inginkan untuk kita adalah penuh.



Tindakan:



Jika anda tidak pernah menyatakan bahawa anda telah dicipta dengan baik dan luar biasa, mulalah sekarang ini. Jika anda sudah lupa untuk menjalankan hidup sehari-hari anda dalam kebenaran itu, mulakan semula. Tawanlah setiap fikiran negatif "Saya tidak memadai," "Saya berharap saya kelihatan seperti dia," atau "Saya berharap Allah telah memberikan saya itu," dan menghentikannya. Anda ialah ciptaan unik yang cantik, karya agung Allah, dan Dia tidak membuat silap. Anda telah dicipta menurut gambar-Nya. Anda adalah berharga. Pilihlah untuk mempercayainya.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Living Changed: Embracing Identity

Dengan banyak suara yang memberitahu kita tentang siapa kita ini, tidak hairanlah kita bergelut dengan identiti kita. Allah tidak mahu kita untuk didefinisikan oleh kerjaya kita, status perkahwinan kita, ataupun kesilapa...

More

Kami berterima kasih kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.changedokc.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami