Info Pelan

Penyembahan yang SejatiSampel

True Worship

HARI 4 DARIPADA 5

Penyembahan yang Sejati

oleh

Rocky Fleming

Hari Keempat– Perayaan

Salah satu keseronokan pelayanan saya adalah mengenali lebih banyak pastor yang hebat dan jemaat mereka. Saya telah diundang untuk melibatkan diri dalam banyak denominasi dan bentuk penyembahan yang berbeza di gereja. Walau bagaimanapun, saya akan mencurahkan bahawa meskipun saya tidak "digerejakan" sedemikian semasa membesar, saya benar-benar suka menyembah di banyak gereja Amerika Afrika yang pernah saya hadiri. Perkara yang paling saya suka adalah cara mereka meraikan Yesus. 


Saya suka melihat orang lain mengasihi Yesus dalam cara tersendiri, dan saya tidak rasa ada orang yang boleh mengasihi Yesus dan tidak suka melihat orang lain mengasihi-Nya melalui penyembahan mereka, meskipun bukan dalam bentuk penyembahan yang biasa. Memang aneh. Saya mendapati ia membuat saya lebih mengasihi mereka dalam cara yang Yesus mahu keluarga-Nya saling mengasihi, walaupun mereka adalah berbeza daripada saya. Barangkali disebabkan hal yang terutama antara semua sudut pandangan yang berbeza itu, satu persamaan kita adalah kasih kita terhadap Yesus. 


Kita mengasihi Dia. Namun, saya tidak memerhatikan ini dalam gereja tersebut sahaja. Saya telah memerhatikannya di gereja Protestan, Katolik, Pentakosta, Mesir, Brazil, Sepanyol, Eropah, dan Afrika. Persamaannya adalah perayaan kita akan Raja kita yang telah disalib dan telah bangkit, dan maksudnya bagi kita. Bolehkah kita melihat satu sama lain sedemikian? Itu akan menjadi sebab tambahan untuk diraikan.


Sesetengah daripada gereja ini adalah kuat dan sesetengahnya adalah lembut dalam penyembahan mereka. Yang manakah cara yang betul? Kebanyakan orang mempunyai pilihan tersendiri, dan berpendapat bahawa cara mereka adalah cara yang betul. Namun, mustahakkah cara keluarga Allah meraikan Penyelamat kita asalkan kita mengasihi Raja kita dengan pemujaan dan perayaan? Bukankah begitu? 


Hal yang penting untuk difahami kita adalah Allah menyukai semua bentuk penyembahan yang sejati oleh Tubuh Kristus, dan kita harus bersetuju dengan itu. Inti pati yang kita perlu faham adalah penyembahan yang sejati bermula dalam hati kita, kemudiannya memuncak dengan pujian, iaitu, perayaan akan Siapa Allah itu, dan apa maksudnya Dia bagi kita. Perayaan dalam penyembahan kita adalah tanda sebenar bahawa Yesus menyertai kita, dan kita menyedarinya. Apabila kita melihat Dia yang sebenarnya, kita akan meraikan nama besar-Nya. Ia berlaku secara automatik. Saya memasukkan satu ayat dan turut mencadangkan bahawa anda mendengar lagu kegemaran saya.  Dengarlah "Your Great Name".  Lagu ini merupakan kegemaran saya dan membuat saya meraikan nama besar-Nya. Lihatlah sama ada anda menyukainya juga. 


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

True Worship

Penyembahan bukanlah kebaktian pagi Ahad atau malam Rabu atau waktu kita berkumpul dengan orang percaya yang lain sahaja.  Allah menjemput kita untuk hidup yang penuh penyembahan.  Sertai kami untuk penerokaan maksud bet...

More

Kami berterima kasih kepada Influencers Global Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.influencers.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami