Info Pelan

Penyembahan yang SejatiSampel

True Worship

HARI 2 DARIPADA 5

Penyembahan yang Sejati

oleh

Rocky Fleming

Hari Kedua– Kesenyapan

Pada masa lalu, semasa saya bekerja dalam dunia perniagaan, saya sering merempuh melalui doa seolah-olah berdoa ialah salah satu tugas dalam kesibukan yang perlu diselesaikan supaya saya boleh beralih kepada projek seterusnya. Meskipun sekarang ini dalam pelayanan sepenuh masa, saya perlu berjaga-jaga kerana kecenderungan ini, kerana saya amat sibuk melakukan "kerja Tuhan," seakan-akan itu ialah suatu alasan. Saya tidak bersendirian dalam hal ini. Saya rasa anda mengetahui maksud saya, bukan? 


Kita boleh menafikannya, tetapi kebenarannya terletak dalam amalan kita, bukan sistem kepercayaan kita. Kita boleh mempercayai kuasa doa, dan kita boleh mengambil masa yang cukup lama untuk menutup mata dengan penuh rasa hormat dan mengucapkan doa hafal kita kepada Allah yang maha berkuasa, tetapi adakah kita betul-betul bersedia untuk menemui Dia dengan rasa hormat yang sebenar? Adakah kita lupa Siapa doa itu ditujukan dan memahami hak istimewa yang telah diberikan kepada kita untuk mendekati Allah yang kudus? Adakah anda berhenti sejenak dan memikirkan perkara tersebut sebelum menghadapi Raja segala raja? Saya ingin berkongsi fikiran saya tentang cara kesenyapan boleh menyediakan seseorang untuk penyembahan. Saya akan berkongsi hal yang telah menolong saya.


Memanglah membantu untuk memulakan doa saya dengan menenangkan diri di hadapan Tuhan, dan mengingati Siapa yang didekati itu. Kesenyapan ialah cara yang baik untuk berbuat demikian, tetapi secara terus terang, kita boleh berdiam dengan kata-kata kita tetapi pada masa yang sama fikiran kita melayang. Kesenyapan yang saya maksudkan ialah membenarkan semua perkara yang kita bawa kepada masa doa kita itu diketepikan sementara untuk tujuan yang lebih besar, iaitu pemujaan. Pemujaan Allah ialah pengakuan akan kehebatan dan keagungan-Nya dan siapa Dia itu. 


Kita kerap mengagumi Allah kerana apa yang telah dilakukan oleh-Nya dalam sejarah, dan untuk apa yang telah dilakukan atau sedang lakukan dalam hidup kita. Namun, kita mengabaikan pemujaan Dia, dengan tidak menyembah Dia kerana siapa Dia itu. Apabila kita mendiamkan diri di hadapan Tuhan dari segi kata-kata dan fikiran, kita memulakan satu proses penyembahan yang membawa kita ke tempat di mana penyembahan yang sejati boleh berlaku.


Saya meminta anda agar membaca ayat Alkitab yang dilampirkan dan merenungi apa yang difikirkan oleh Daud semasa ia menulisnya. Saya mencadangkan supaya anda mendengar lagu penyembahan kegemaran anda. Salah satu lagu kegemaran saya ialah "Let It Rain."  Carilah lagu ini di YouTube atau apl muzik anda. Ini akan menolong anda untuk mengembangkan kekaguman, yang merupakan tempat yang baik untuk bermulanya penyembahan. Benarkan lagu itu untuk menyiapkan anda. 


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

True Worship

Penyembahan bukanlah kebaktian pagi Ahad atau malam Rabu atau waktu kita berkumpul dengan orang percaya yang lain sahaja.  Allah menjemput kita untuk hidup yang penuh penyembahan.  Sertai kami untuk penerokaan maksud bet...

More

Kami berterima kasih kepada Influencers Global Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.influencers.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami