Info Pelan

Penyembahan yang SejatiSampel

True Worship

HARI 3 DARIPADA 5

Penyembahan yang Sejati

oleh

Rocky Fleming

Hari Ketiga– Hati

Salah satu lagu pujian kegemaran saya ialah The Heart of Worship. Mesej lagu ini adalah mengikis semua keselerakan dan barang yang tidak betul-betul perlu yang sering diguna oleh kita sebagai bentuk penyembahan kita, sebaliknya menumpukan perhatian kepada hati yang menyembah. Apa itu hati yang menyembah? Memiliki hati yang menyembah bermula dengan hati untuk menyembah? Apakah maksud saya? 


Penyembahan memerlukan persediaan. Pada waktu inilah aspek dalaman jiwa kita menjadi sangat jujur di hadapan Allah Bapa. Ia merupakan bentuk rasa hormat yang tertinggi, sementara pada masa yang sama melibatkan bentuk keintiman dan hubungan rohani yang paling mendalam dengan Yesus. Pada masa inilah semuanya didedahkan di hadapan Tuhan kerana kejujuran kita di hadapan-Nya. Walau bagaimanapun, rasa malu kita juga dilucutkan dan menghasilkan kesyukuran yang menghubungkan kekudusan Allah yang telah diberikan kepada kita melalui kasih kurnia-Nya, dengan hati kita yang remuk dan sesal.


Keremukan bukanlah sesuatu yang tidak baik, seperti yang difikirkan oleh banyak orang. Sebenarnya banyak ayat Alkitab menunjukkan keremukan sebagai satu-satunya pintu masuk ke hadirat Allah. Keremukan jelasnya merupakan antitesis kepada kebanggaan dan keangkuhan di hadapan Tuhan, yang dibenci-Nya. Namun, keremukan jugalah semakan realiti akan sebab kita memerlukan Yesus dalam kehidupan kita. Tidak hairanlah semasa berkongsi fikiran ini saya ingat akan satu lagi lagu pujian yang menyentuh hakikat memerlukan Yesus semasa liriknya mengatakan, "I'm desperate for You And I, I'm lost without You (Aku rindu akan Engkau, aku sesat tanpa-Mu)." 


Keremukan bermaksud peka terhadap kerinduan ini dalam diri kita, dan terhadap kasih kurnia Allah yang tidak dapat diukur kepada kita. Ia bermaksud menjadi sedar akan sifat berdosa kita, dan keadaan kita ketika Yesus menyelamatkan kita. Namun, pada masa yang sama kita mengakui bahawa kita telah dijadikan anak angkat, dan dijadikan ahli keluarga diraja-Nya. Kesedaran ini menghancurkan hati kita yang bangga, tetapi menyembuhkannya dengan kasih tidak bersyarat-Nya. Inilah hasil keremukan dan pemulihan.


Apabila kita mula menyembah dengan memperlahankan langkah, bersenyap, dan menerima kerinduan kita, penyembahan yang sejati sudah dekat. 


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

True Worship

Penyembahan bukanlah kebaktian pagi Ahad atau malam Rabu atau waktu kita berkumpul dengan orang percaya yang lain sahaja.  Allah menjemput kita untuk hidup yang penuh penyembahan.  Sertai kami untuk penerokaan maksud bet...

More

Kami berterima kasih kepada Influencers Global Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.influencers.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami