Info Pelan

Penyembahan yang SejatiSampel

True Worship

HARI 1 DARIPADA 5

Penyembahan yang Sejati

oleh

Rocky Fleming

Hari Pertama – Memperlahankan Langkah

Yesus menyuruh murid-murid-Nya pergi kepada-Nya, dan menyerahkan beban kita kepada-Nya. Mengapakah pelepasan beban kita kepada Yesus itu perlu untuk menyembah Allah dengan lebih mendalam? Adakah kerana beban boleh menjadi begitu penting kepada kita, begitu kritis dalam fikiran kita sehinggakan ia menjadi pahala tanggungjawab yang membebani kita? Bolehkah kita menyembah Allah dan pahala pada masa yang sama? Tentunya tidak. Namun, kita cuba berbuat demikian apabila perhatian kita dialihkan daripada penyembahan bersungguh-sungguh kepada laksana mental tentang penyelesaian masalah yang tidak henti-henti. Allah tidak mengizinkan apa-apa pahala dalam penyembahan kita terhadap-Nya. Walau bagaimanapun, Dia akan membenarkan kita untuk membebaskan beban ini kepada-Nya supaya ia tidak menghalang kita daripada penyembahan-Nya yang sejati.


Yesus juga menyatakan bahawa kita boleh belajar cara memikul beban kita daripada-Nya, dengan mengenakan kuk milik-Nya. Dalam kerapatan dengan Yesus melalui kuk-Nya kita belajar mendengar suara-Nya, dan mengenal Dia. Dalam kerapatan itulah kita menguji suara lain dan menyedari bahawa suara tersebut membawa kepada kemarahan atau kekecewaan dan membawakan lebih banyak beban lagi, yang bukan suara Yesus. Yesus menyatakan bahawa beban-Nya ringan. Mengapa? Kerana Dia berdiri di sebelah kita dalam kuk itu bersama kita, dan Dia memikul hal yang ditakuti kita. Kita belajar berdiri di bawah beban-Nya dan ia adalah ringan, asalkan kita menyerahkan beban berat kita kepada-Nya.


Jika Allah menyertai kita dan berpihak kepada kita, jika Allah itu berdaulat dan maha berkuasa, adakah terdapat tempat yang lebih selamat atau lebih baik untuk menemukan bantuan-Nya dan penghiburan-Nya daripada di sebelah-Nya ini? Apabila anda mengambil langkah untuk menerokai apa itu penyembahan yang sejati, serahkan beban yang anda pikul dan letakkannya pada bahu Tuhan. Dia menyuruh anda untuk berbuat demikian. Saya telah memasukkan satu ayat untuk bacaan anda dan untuk membantu anda mengingati jemputan-Nya. Benarkan kebenaran jemputan Yesus untuk menghiburkan anda. Saya  juga mencadangkan agar anda mendengar lagu indah yang saya gemari ini. Tajuknya ialah "Here" oleh Kari Jobe.  Lagu ini tersedia di YouTube atau aplikasi muzik. Lagu ini telah membantu saya memasuki tempat berlindung yang saya maksudkan. Dengarlah lagu ini dan perhatikan sama ada ia membantu anda untuk menghampiri tempat di mana Gembala anda sedang menunggu anda. 


Hari 2

Perihal Pelan

True Worship

Penyembahan bukanlah kebaktian pagi Ahad atau malam Rabu atau waktu kita berkumpul dengan orang percaya yang lain sahaja.  Allah menjemput kita untuk hidup yang penuh penyembahan.  Sertai kami untuk penerokaan maksud bet...

More

Kami berterima kasih kepada Influencers Global Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.influencers.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami