Info Pelan

Terpilih: Mengingatkan Diri Tentang Injil Setiap HariSampel

Chosen: Remind Yourself Of The Gospel Everyday

HARI 6 DARIPADA 7

Di sebuah kampung yang berdebu di Nepal, yang dibayangi Gunung Everest, hampir 80 peratus daripada anak perempuan ditakdirkan dijual ke rumah pelacuran kerana mereka tergolong dalam subkumpulan terbawah kaum pariah negara itu, orang Badi. Agama mereka mengajar bahawa dalam kehidupan mereka yang sebelumnya, mereka semestinya telah melakukan beberapa dosa yang serius lalu menyebabkan Karma untuk menghukum mereka dan menghantar mereka kembali ke dunia dalam kasta mereka itu. Akibatnya, perempuan Badi adalah antara orang yang paling banyak diperdagangkan per kapita di dunia ini. Kasta mereka memaksudkan bahawa mereka ditakdirkan dilayan lebih rendah daripada anjing—digunakan, dijual, dan didera. 



Di sinilah kawan saya Ryan menemui Landana, anak perempuan 10 tahun yang paling cantik. Bapanya telah bersetuju untuk menjualnya ke rumah pelacuran India. Ibunya tidak sanggup memikirnya dan cuba menghalang suaminya daripada menjual anak perempuan kesayangannya. Walau bagaimanapun, suaminya tidak berlembut. Dia mula memukul isterinya kerana keengganannya untuk menjual anak perempuan mereka. 



Apabila pihak kawan saya mendapat tahu tentang ini, mereka bertindak dengan cepat bersama dengan pekerja sosial tempatan dan penguatkuasa undang-undang. Mereka membawa Landana ke rumah selamat di mana perempuan sepertinya dilindungi, diberi kehangatan, diberi makanan, dan dikasihi. Landana mendengar Injil. Dia mendengar bagaimana melalui Yesus dia telah dijadikan anak angkat dalam keluarga Allah. Ini merupakan bahagian Injil yang paling berkuasa kepada banyak orang di bahagian dunia ini.



Semasa berkongsi Injil dengan seorang anak perempuan Badi yang lain, kawan saya Ryan memberitahunya, "Injil mengajar bahawa nama keluarga kamu bukan Badi lagi. Nama kamu bukan lagi Jarla Badi; tetapi Jarla 'Kristus' kerana kamu adalah keluarga-Nya, kamu tergolong dalam kasta-Nya sekarang." Anak perempuan ini berseri dan memandang mata Ryan dengan penuh harapan. "Mungkinkah begitu?" tanyanya. "Ya, ia adalah kebenaran yang paling benar di seluruh dunia!"

 



Landana menyertai keluarga Allah dengan gembira, meninggalkan rasa malu keluarganya, kastanya, keturunannya. Allah menjadi bapanya, dan kasih-Nya bertentangan dengan bapa yang sanggup menjual anak perempuannya. Dia adalah Allah yang sanggup menjual diri-Nya untuk 30 keping wang perak demi menyelamatkan anak kecil-Nya. 



Fikiran moden melihat keKristianan dan tertanya-tanya, "Mengapa darah? Bagaimanakah mungkin bernyanyi tentang darah Yesus?" Namun, mereka yang telah dibeli oleh darah Kristus mengetahui bahawa sekarang kita berkongsi ikatan yang lebih dalam daripada keturunan kita di dunia ini. Yesus menjemput kita ke dalam keluarga baru dan takdir yang baru. Inilah sebabnya mengapa orang Kristian suka berfikir tentang darah Krsitus. 



Injil bukan sahaja membersihkan dosa masa silam kita; ia membersihkan seluruh leluhur, keturunan, keluarga luas kita daripada rasa malunya. Anda bukan terutamanya sebahagian daripada keluarga duniawi lagi; anda telah menyertai keluarga syurgawi. Darah Yesus menandakan anda sebagai keluarga untuk selama-lamanya. Kita mempunyai identiti keluarga yang baru, lambang keluarga yang baru, harta pusaka yang baru, saudara dan saudari yang baru, nama keluarga yang baru. 


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Chosen: Remind Yourself Of The Gospel Everyday

Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bangun tidur dan mengingatkan diri tentang Injil setiap hari? Renungan 7 hari ini membantu anda untuk melakukan itu! Injil bukan sahaja menyelamatkan kita, malah menyebabkan kita t...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Think Eternity kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.thinke.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami