Info Pelan

Terpilih: Mengingatkan Diri Tentang Injil Setiap HariSampel

Chosen: Remind Yourself Of The Gospel Everyday

HARI 5 DARIPADA 7

Saya hampir jatuhkan buku apabila terbaca terjemahan David Bentley bagi perkataan "diberkati (blessed)" dalam Alkitab. Sarjana yang terkenal ini bercakap tentang bagaimana "diberkati" telah kehilangan maknanya dalam budaya kita: perkataan ini digunakan lebih kurang untuk memaksudkan "bertuah" atau "bernasib baik." Sebaliknya, Hart berdebat bahawa maksud sebenarnya lebih hampir kepada perkataan berbahagia kita atau keadaan gembira yang mempesonakan. 



Inilah yang telah dilakukan oleh Allah untuk kita dalam injil: Dia telah memberikan setiap berkat abadi yang dapat dibayangkan kepada kita sehinggakan kita dipenuhi kebahagiaan! 



Pilihan harian kita, pertempuran harian kita, pencubaan harian kita adalah sama ada kita harus mengingati, menyedari, dan hidup dalam kenyataan ini. 



Semua itu tidak bergantung kepada keadaan. Betul-betul. Seorang pemuda, Meisha, mengajar saya tentang perkara ini dengan cara yang tidak akan saya lupakan. 



Meisha seorang pelarian di negara yang hancur akibat peperangan. Kampungnya dan segala sesuatu yang diketahuinya dimusnahkan oleh tentera yang zalim, dan dia dipaksa menjadi porter, mengangkut bekalan seorang askar merempuh hutan masa hujan sementara muncung senapang diacukan kepadanya—seperti zaman Yesus di mana askar Roma memaksa seseorang untuk mengangkat peralatannya sejauh sebatu. 



Pada suatu hari, seorang askar memaksa Meisha untuk menanggalkan periuk api dengan mengacukan senapang kepadanya. Periuk api itu meletup, dan Meisha kehilangan kedua-dua tangan dan juga matanya dalam sekelip mata. Mereka fikir dia sudah mati lalu meninggalkannya di sana, tetapi dia tidak mati. 



Beberapa tahun lalu, seseorang berkongsi kisah Penyelamat yang menderita dengannya. Dia mengidentifikasikan dirinya dengan Allalh yang memahami kesengsaraannya. Kehidupannya diubah dengan indah. 



Meisha sangat bahagia dan teruja tentang Injil sehinggakan dia meminta orang untuk membawanya dari perkhemahan pelarian ke perkhemahan pelarian supaya dia boleh berkongsi Injil dengan mereka yang belum mendengar tentang Yesus. 



Sukacita Meisha berjangkit-jangkit. Dia jauh lebih gembira daripada kebanyakan orang yang dapat melihat, mempunyai kedua-dua tangan, dan tidak hidup dalam kemiskinan di kem pelarian. Sukacitanya berasal dari kesyukurannya terhadap salib. Meisha sedar bahawa tidak lama lagi, dia akan bersama dengan Kristus selama-lamanya. 



Meisha menunjukkan ini dengan membocorkan kebahagiaan Injil di tengah-tengah kem pelarian. Tulisan rasul Paulus terjelma dalamnya: "Kesusahan yang kami alami ini hanya untuk sementara dan tidak seberapa banyak, tetapi akan mendatangkan kemuliaan yang luar biasa dan kekal. Kemuliaan itu jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kesusahan itu" (2 Korintus 4:17). 


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Chosen: Remind Yourself Of The Gospel Everyday

Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bangun tidur dan mengingatkan diri tentang Injil setiap hari? Renungan 7 hari ini membantu anda untuk melakukan itu! Injil bukan sahaja menyelamatkan kita, malah menyebabkan kita t...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Think Eternity kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.thinke.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami