Info Pelan

Terpilih: Mengingatkan Diri Tentang Injil Setiap HariSampel

Chosen: Remind Yourself Of The Gospel Everyday

HARI 3 DARIPADA 7

Salah satu cara utama kita melatih jiwa kita untuk mengasihi Allah adalah dengan mengkhabarkan Injil kepada jiwa kita. Semakin banyak jiwa anda melihat salib Yesus, semakin banyak kesyukuran dan pemujaan akan bertambah dalam anda. Manusia dilazimkan supaya memberikan respons demikian terhadap pengorbanan. Memanglah sukar untuk membayangkan pengorbanan yang lebih besar daripada apa yang telah dilakukan oleh Yesus.



Jika anda mengembara mengelilingi dunia, satu frasa yang bergema hampir di serata dunia—merentasi setiap budaya—adalah ayat yang biasa dilihat daripada Mazmur 103:1 "Pujilah TUHAN, hai jiwaku!"



Pecahkan frasa tersebut. Daud melatih jiwanya dengan berkhutbah kepadanya. Daud memberitahu jiwanya cara merasa dan cara memberikan respons terhadap Injil: Jiwa, pujilah Allah, sama ada kamu mahu melakukannya atau tidak. Dia bukan sahaja menyanyikan ayat yang indah; dia bercakap kepada dirinya, mencabar jiwanya untuk bertindak. Alkitab menggambarkan tabiat ini, dengan, "Tetapi Daud menguatkan kepercayaannya kepada Tuhan, Allahnya" (1 Samuel 30:6, TB).



Ia betul-betul seni keKristianan yang hilang, satu disiplin yang indah. Daripada mengikut angin semasa, budaya yang berubah-ubah, orang di sekeliling anda, ataupun, lebih tragik lagi, mengikut media sosial, lihatlah jiwa anda dan memberitahunya untuk melihat salib, melihat kebangkitan. Arahkan jiwa anda untuk menikmati kebaikan Kristus, yang bahu-Nya diremukkan dan terpecah-pecah kerana berat dosa anda.



Ada kalanya, anda mesti memaksa jiwa anda untuk melihat secara harfiah. Yohanes Pembaptis berseru kepada semua yang ada dalam kosmos, "Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapus dosa dunia!" (Yohanes 1:29). Ini merupakan perintah harian. Kita mesti lihat! Lihatlah salib di mana Yesus menderita dengan teruk kerana dosa yang tidak pernah dilakukan-Nya supaya anda boleh bersukacita dalam kebenaran yang anda tidak pernah layak terima.



Injil menjadi makanan harian jiwa kita, menguatkan hati kita. Memanglah lebih sukar untuk merungut, berasa sedih, atau dipenuhi kebimbangan apabila jiwa kita melihat darah yang mengalir daripada wajah Kristus yang dicucuk duri. Kesyukuran dengan semula jadinya bertambah dalam hati kita apabila kita melakukan ini sepanjang hari.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Chosen: Remind Yourself Of The Gospel Everyday

Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bangun tidur dan mengingatkan diri tentang Injil setiap hari? Renungan 7 hari ini membantu anda untuk melakukan itu! Injil bukan sahaja menyelamatkan kita, malah menyebabkan kita t...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Think Eternity kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.thinke.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami