Info Pelan

Terpilih: Mengingatkan Diri Tentang Injil Setiap HariSampel

Chosen: Remind Yourself Of The Gospel Everyday

HARI 1 DARIPADA 7

Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bangun tidur dan mengingatkan diri tentang Injil setiap hari? 



Jika anda adalah seperti saya, anda mungkin tidak menghargai Injil dan berhenti berlatihnya kerana ia sudah menjadi sangat biasa. Kita menyimpannya dalam cerita silam kita dan secara tidak sedar cuba beralih kepada perkara yang lain. Namun, kita perlu mendengar Injil sungguh-sungguh hari ini seperti yang dilakukan buat pertama kalinya. 



Jika kita mengingatkan diri tentang Injil setiap pagi, kita akan bangun dan hidup dalam sukacita terhutang budi kerana pertempuran yang paling sukar yang akan dihadapi hari ini sudah dimenangi. 



Bagaimanakah kehidupan anda akan berbeza jika anda mengkhabarkan Injil kepada hati anda dengan lebih kerap? 



Terdapat banyak cara di mana Injil memberikan kesan yang positif dan membentuk kehidupan harian kita. Kita memerlukan peringatan tetap tentang faedah ini, dan kita memerlukan kuasa Allah untuk lebih memahami semua itu. 



Terlalu banyak orang percaya fikir berita baik itu adalah berita basi. Kita tidak banyak mendengar Injil; kita belum cukup mendengarnya. Seperti berlian yang mempunyai canaian segi yang cantik, Injil mempunyai keindahan yang tidak terbatas dan tidak akan kehabisan. Semakin kita meneliti Injil, semakin kuat dan memuaskannya kita dalam iman kita. 



Kita memerlukan peringatan tetap tentang segala sesuatu yang telah dilakukan oleh Allah untuk kita dalam Injil, kerana Injil menyemarakkan dan memotivasikan keinginan kita untuk mentaati Allah serta melayani-Nya. Apabila kita melihat betapa banyak yang telah dilakukan-Nya—betapa besar pemberian-Nya melalui Anak-Nya—kita tidak dapat mengelak daripada diubah dan dimotivasikan untuk memberikan-Nya seluruh hidup kita. Sementara kita adalah orang berdosa yang lemah dan tidak berdaya, yang bergumul untuk mengikuti Penyelamat yang sempurna, Injil mengingatkan kita betapa kita dikasihi dan betapa banyak pekerjaan Allah dalam kita demi membantu kita untuk mengikut-Nya. 



Tidak ada keperluan yang lebih besar dalam kehidupan Kristian anda melainkan sentiasa mengingatkan hati anda tentang kebenaran Injil. 


Hari 2

Perihal Pelan

Chosen: Remind Yourself Of The Gospel Everyday

Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bangun tidur dan mengingatkan diri tentang Injil setiap hari? Renungan 7 hari ini membantu anda untuk melakukan itu! Injil bukan sahaja menyelamatkan kita, malah menyebabkan kita t...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Think Eternity kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.thinke.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami