Info Pelan

Pergilah Lakukan Katakan Berilah: Kebebasan Berserah Kepada YesusSampel

Go Do Say Give: The Freedom Of Surrender To Jesus

HARI 6 DARIPADA 7

Saya akan Memberikan apa yang Engkau ingin saya Berikan


Allah sangat mengasihi dunia sehingga Dia memberikan anak-Nya yang tunggal untuk keselamatan kita. Memberi adalah teras hati Allah untuk umat-Nya. Kasih Allah berjalin-jalin dengan pemberian sehinggakan mustahil untuk memikirkannya secara berasingan. Mengikuti Yesus membawa kita ke tempat pemberian yang tidak pernah dialami sebelumnya. 


Yesus sedar akan tarikan magnet wang dan Dia mempunyai pesanan yang radikal bagi kita: "Tidak seorang pun dapat menjadi hamba kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau dia akan setia kepada yang seorang dan menghina yang lain. Demikianlah kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dan juga hamba kekayaan" (Matius 6:24). Pencarian wang merupakan kuasa yang kuat dalam kita dan boleh menghalang kita daripada mengikuti Allah dengan sepenuh hati. 


Bagaimanakah kita menangani tarikan yang kuat itu? Ia ditangani melalui pemberian, dan seperti aspek lain doa ini, pada asasnya ia adalah soal hati. Kita tidak pernah diberitahu bahawa memiliki wang adalah salah atau jahat. Sikap mencintai wanglah masalahnya. Namun, segala sesuatu yang kita miliki sebenarnya milik-Nya. Kita telah diberikan pengurusan jangka pendek akan aset kerajaan-Nya, untuk melabur dalam perkara yang memuliakan nama-Nya. Jadi, sebenarnya tiada apa-apa adalah milik saya untuk dilakukan sesuka hati.


Salah satu pengajaran untuk Israel semasa mereka berkelana di padang gurun selama 40 tahun adalah Allah berpegang pada janji-Nya untuk memberikan makanan yang diperlukan setiap hari dari syurga. Yesus meminta kita untuk berdoa untuk makanan yang kita perlukan pada hari ini. Allah menjaga dan melindungi umat-Nya. Dia mahu kita mengalami peruntukan penyayang-Nya setiap hari dalam hidup kita. Pengalaman ini akan membantu kita untuk memberi kepada-Nya dan kepada orang lain apa yang Dia ingin kita berikan dengan penuh sukacita—bukan wang kita sahaja, malah kehidupan kita juga.


Roma 12:1 menyatakan bahawa kita harus "mempersembahkan DIRI sebagai suatu korban yang hidup, yang khas untuk Allah, dan yang menyenangkan hati-Nya. Demikianlah seharusnya KAMU beribadat kepada Allah." Ini adalah gambaran sistem korban Perjanjian. Kita harus memberikan seumur hidup kita pada mazbah di hadapan Allah, termasuk wang yang diperoleh. 


Pemberian yang murah hati mengalir dari hati yang murah hati kerana kesyukuran terhadap Allah. Luangkan masa untuk mempertimbangkan tujuan atau orang yang ditempatkan Allah dalam hati anda untuk diberikan bantuan kewangan ataupun diberikan masa anda.


Adakah anda akan memberikan apa yang Allah ingin anda berikan hari ini?


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Go Do Say Give: The Freedom Of Surrender To Jesus

Berserah kepada Yesus merupakan waktu yang menentukan kehidupan. Walau bagaimanapun, apakah makna keputusan ini dan bagaimanakah kita hidup dengan berserah kepada Yesus setiap hari? Adakah ini untuk keputusan kehidupan y...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Cru kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.cru.org/us/en/pledge.html

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami