Info Pelan

Pergilah Lakukan Katakan Berilah: Kebebasan Berserah Kepada YesusSampel

Go Do Say Give: The Freedom Of Surrender To Jesus

HARI 3 DARIPADA 7

Saya akan Pergi ke mana Engkau ingin saya Pergi



Tiada orang suka rasa terjerat. Kita bercakap tentang rasa bosan, atau terjerat dalam perkara yang buruk dari segi emosi. Terjerat bermakna tiada pergerakan atau pertumbuhan yang berlaku. Ia juga sama dengan kerohanian. Marilah menghadapinya: semua antara kita rasa terjerat dalam perjalanan rohani kita dari masa ke masa. Berita baiknya adalah Yesus sedang membawa kita ke suatu tempat; mengikuti-Nya adalah niat penuh azam untuk pergi ke mana Dia ingin kita pergi, dan akan mengelakkan kita daripada terjerat untuk tempoh yang lama jika kita mendengar-Nya. 



Inilah yang dilakukan Abram dalam Kejadian 12. Sementara "terjerat" di kampungnya, Allah memerintah Abram untuk memulakan perjalanan yang tidak masuk akal, meninggalkan negeri dan keluarganya untuk ke negeri yang akan Dia tunjukkan kepadanya. Hasil daripada tindakan beriman Abram adalah bangsa baru yang memuliakan Allah dan membawakan Mesias untuk keselamatan manusia. 



Ibrani 11:8 memberitahu kita bahawa Abram mentaati Allah dan "meninggalkan negerinya tanpa mengetahui ke mana dia akan pergi." Dia memberikan teladan kepada kita bahawa pergi ke mana Allah ingin kita pergi pada asasnya adalah soal iman—bergantung pada kebaikan dan rancangan berdaulat Allah bagi kehidupan kita. Apabila iman diperlukan, wujudnya risiko dan ada kalanya ketakutan, kerana kita tidak tahu apa yang akan menyusul. Memilih untuk pergi bermakna memilih untuk menghadapi ketakutan tersebut.



Setelah menyelesaikan misi-Nya di dunia ini, Yesus memberikan perintah ini kepada murid-murid-Nya: "Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku…" (Mat 28:19). Dalam doa-Nya dalam Yohanes 17, Dia berkata kepada Bapa, "Aku mengutus mereka ke dunia sebagaimana Engkau mengutus Aku ke dunia." Pergi ke mana Yesus ingin kita pergi akhirnya membawa kepada penghasilan murid, iaitu, pengikut Yesus. Malangnya, banyak orang telah mentafsirkan perintah Yesus untuk "jadikan pengikut" sebagai bakat istimewa, atau huraian kerjaya profesional dalam pelayanan. Namun, terdapat banyak jalan untuk melibatkan diri dalam penghasilan murid. 



Ia merupakan pekerjaan untuk setiap pengikut Yesus, seperti hospitaliti atau doa syafaat. Apabila anda menyerah diri kepada kawalan Roh terhadap kehidupan anda, beritahulah Yesus anda akan ke mana jua yang diingini-Nya dalam perjalanan rohani anda, termasuk menjadikan orang lain murid-Nya. Biarlah Dia memimpin anda ke arah siapa dan cara anda mengerjakan itu setiap hari.



Adakah anda akan ke mana Allah ingin anda pergi hari ini?



Tanyalah Dia siapa yang anda dapat pengaruhi hari ini untuk menjadi murid Yesus.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Go Do Say Give: The Freedom Of Surrender To Jesus

Berserah kepada Yesus merupakan waktu yang menentukan kehidupan. Walau bagaimanapun, apakah makna keputusan ini dan bagaimanakah kita hidup dengan berserah kepada Yesus setiap hari? Adakah ini untuk keputusan kehidupan y...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Cru kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.cru.org/us/en/pledge.html

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami