Info Pelan

Pergilah Lakukan Katakan Berilah: Kebebasan Berserah Kepada YesusSampel

Go Do Say Give: The Freedom Of Surrender To Jesus

HARI 4 DARIPADA 7

Saya akan Melakukan apa yang Engkau ingin saya Lakukan



Melakukan apa yang diinginkan Allah mungkin kelihatan menakutkan, seolah-olah kita menjemput Allah untuk memberikan kita senarai "tugas" yang besar, yang tidak mungkin diselesaikan. Berapa banyak perkara yang perlu dilakukan? Di manakah kita harus mula mentaati semua perintah Yesus?



Satu hal yang jelas daripada naratif injil adalah orang tidak mempunyai fikiran yang sama tentang Yesus seperti orang Farisi. Orang Farisi menjadikan kebenaran rumit dan tidak dapat dicapai, dan berkemungkinan tidak diingini. Dalam Khutbah di Bukit, Yesus meringkaskannya, memadatkan tema tentang apa yang harus kita lakukan dalam satu ayat: "Apa yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, lakukanlah hal itu untuk mereka. Inilah inti Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi" (Matius 7:12). 



Ini mungkin rasa mengancam, tetapi pertimbangkan hari anda ini: anda mungkin menemui pelbagai jenis orang semasa anda kerja, atau menghadiri kelas, atau menjaga keluarga anda, atau membuat kerja suruhan dan mengendalikan penyelenggaraan dan logistik kehidupan. Anda mungkin berhubungan dengan orang lain melalui media sosial. Juga, interaksi bersahaja semasa menjalankan kehidupan sehari-hari.



Dalam setiap interaksi harian anda, bagaimanakah anda ingin dilayani?  Melakukan apa yang diinginkan Yesus bermaksud itulah cara untuk melayani orang lain. Mikha 6:8b memberikan tiga kategori yang membantu kita fikir secara praktikal tentang apa yang kita lakukan: berlaku adil terhadap orang lain tanpa sikap berat sebelah, mengamalkan kasih terhadap orang yang dalam kesusahan, dan dengan rendah hati hidup bersatu dengan Allah kita dengan tidak meletakkan diri lebih tinggi atau lebih penting daripada orang lain.



Memanglah mudah untuk fikir apa yang Allah ingin kita lakukan adalah sebahagian besarnya tugas yang unik atau tugas raksasa, barangkali ketika krisis melanda. Namun biasanya, lalu kerap tertinggal, adalah melakukan apa yang Dia inginkan pada waktu yang biasa dan tidak diambil peduli. Tindakan penyerahan harian yang kecil ini menumbuhkan iman dan keberanian kita, dan menyediakan kita untuk bertindak menurut kehendak-Nya apabila tugas itu adalah lebih besar. Ia bolehlah semudah melaksanakan komitmen, terutamanya apabila pelaksanaan itu melibatkan pengorbanan atau kesulitan peribadi. 



Adakah anda akan meminta kuasa daripada Allah dan kebijaksanaan untuk melakukan apa yang Dia ingin anda lakukan hari ini? Berdoalah tentang setiap perkara dalam agenda hari ini dan meminta Allah untuk memberikan anda kuasa untuk melakukan apa yang Dia ingin anda lakukan.  


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Go Do Say Give: The Freedom Of Surrender To Jesus

Berserah kepada Yesus merupakan waktu yang menentukan kehidupan. Walau bagaimanapun, apakah makna keputusan ini dan bagaimanakah kita hidup dengan berserah kepada Yesus setiap hari? Adakah ini untuk keputusan kehidupan y...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Cru kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.cru.org/us/en/pledge.html

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami