Info Pelan

Pergilah Lakukan Katakan Berilah: Kebebasan Berserah Kepada YesusSampel

Go Do Say Give: The Freedom Of Surrender To Jesus

HARI 2 DARIPADA 7

Dalam Kuasa Roh Kudus



Bayangkan anda dalam perjalanan yang terpanjang dalam kehidupan anda, tetapi anda bersendirian. Tiada orang yang berbual dengan anda, tiada orang untuk membantu anda, dan tiada orang yang menikmatinya bersama anda. Ia pastilah perjalanan yang menyedihkan dan amat susah. Malangnya, banyak orang Kristian hidup demikian dan tidak mengalami kuasa serta penghiburan yang dijanjikan melalui Roh Kudus. Atas tujuan-tujuan praktikal, banyak orang mengharungi perjalanan mereka seolah-olah Yesus tidak menyertai mereka.



Akibatnya, kita cenderung mengharungi perjalanan kita dengan banyak usaha kendiri. Kitaran komitmen kita dan usaha bekerja lebih keras untuk menjadi seperti Yesus berakhir dengan kehampaan. Kehidupan yang berserah kepada Allah dalam cara ini akan menimbulkan rasa kehidupan ditakdirkan akan berakhir dengan kekecewaan dan kegagalan.



Dalam Yohanes 13-17, setelah menghabiskan hampir setiap hari selama tiga tahun bersama dengan murid-murid-Nya, Yesus menyediakan mereka untuk kehidupan tanpa hadirat fizikal-Nya—iaitu, pengalaman kita sebagai pengikut-Nya pada zaman ini. Dia bercakap berulang kali dengan mereka tentang Roh Kudus. Roh akan diam di dalam mereka dan menyertai mereka selama-lamanya. Dia menggelar Roh Kudus sebagai Roh Kebenaran, penolong, yang akan bercakap tentang Yesus, yang akan menyedarkan mereka tentang dosa, dan yang akan membimbing mereka supaya mengetahui segala kebenaran. 



Dalam Yohanes 15, Yesus menjelaskan ini melalui metafora pokok anggur dan carangnya.  Dia memanggil hubungan harian dengan-Nya ini "tetap bersatu". Dialah pokok anggur dan kita adalah carang-Nya. Kita harus tetap bersatu, atau tinggal di dalam-Nya dengan mengakui dosa kita dan berhubung semula dengan-Nya dan dengan hidup serta kuasa-Nya. Ini tidak mustahil kerana Roh Kudus diam di dalam kita. Hidup-Nya mengalir melalui kita apabila kita tetap berhubungan dengan-Nya, seperti sap dalam pokok anggur mengalir dalam carangnya. Kita tidak bersendirian dalam perjalanan kita.



Kuasa Roh Kudus bekerja melalui kita untuk mengubah watak kita. Seperti carang, apabila kita tetap bersatu dengan Yesus, pokok anggur, kita akan menghasilkan buah luaran selaras dengan kehidupan Yesus. Kita menumpukan perhatian pada tetap bersatu, dan penghasilan buah watak Kristian yang mula berlaku. Kita akan rasa kecewa apabila kita menumpukan perhatian pada percubaan untuk menghasilkan buah luaran, dan lupa untuk tetap bersatu. 



Menghasilkan buah yang banyak, juga dikenali sebagai kematangan, memakan masa. Bersabarlah dengan diri anda dan dengan orang lain dalam perjalanan ini—buah akan terhasil. 



Adakah anda akan menuntut dengan beriman akan kuasa Roh untuk memenuhi kehidupan anda dengan Yesus hari ini? 



Luangkan sedikit masa sekarang dan mengakui apa-apa dosa yang diketahui; kemudian mintalah Yesus untuk membanjiri kehidupan anda semula dengan Roh-Nya di dalam anda.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Go Do Say Give: The Freedom Of Surrender To Jesus

Berserah kepada Yesus merupakan waktu yang menentukan kehidupan. Walau bagaimanapun, apakah makna keputusan ini dan bagaimanakah kita hidup dengan berserah kepada Yesus setiap hari? Adakah ini untuk keputusan kehidupan y...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Cru kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.cru.org/us/en/pledge.html

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami