Info Pelan

Melepaskan Diri Daripada Pembandingan Renungan 7 Hari Oleh Anna LightSampel

Break Free From Comparison a 7 Day Devotional by Anna Light

HARI 5 DARIPADA 7

Apabila kita membuat perbandingan dan rasa kekurangan, kita mesti bertanya: adakah apa yang saya inginkan itu sesuatu yang boleh dicapai jika saya berusaha? Bolehkah perkara yang membuat anda cemburu itu menjadi sesuatu yang Allah inginkan untuk hidup anda? Barangkali kita tidak harus menghapuskan pembandingan dan kecemburuan. Barangkali kita harus membawanya kepada Allah dalam kerendahan hati dan meminta bimbingan-Nya. 


Anda mungkin tidak dapat mengubah bentuk badan anda, tetapi bolehkah anda menurunkan berat badan yang membuat anda tidak gembira? Bolehkah anda mengecat semula almari dapur anda untuk menyegarkan suasana rumah? Bolehkah anda memulihkan hubungan yang renggang? Mendapatkan kaunseling perkahwinan? Membaiki diri semasa bujang? Membuat belanjawan untuk menguntukkan duit belanja yang lebih banyak? 


Mungkinkah Allah menggunakan pembandingan dan kecemburuan untuk mengarahkan anda ke haluan yang Dia mahu anda pergi?


Inilah yang terjadi kepada saya. 


Seorang perempuan yang membesar bersama dengan saya memiliki segala sesuatu. Ia cantik, aktif, dan popular dengan semua orang. Saya mendapati diri membandingkan diri kepadanya dan berfikir jika saya adalah seperti ia mungkin saya tidak akan membenci diri dengan teruk. 


Sepanjang obsesi saya tentang kehidupannya, satu hal yang menonjol adalah tetap.


Yesus. 


Memanglah ketara bahawa sumber kekuatan, harapan dan keyakinannya datang daripada sesuatu yang lebih besar daripada dirinya dan berita baiknya ialah saya boleh memilikinya juga jika saya berusaha. Maka, saya melakukannya.


Beberapa tahun kemudian, saya menerima panggilan daripada perempuan itu dan ia mengaku bahawa ia cemburu akan saya. Ia memberitahu saya, "Saya mendapati diri berfikir jika saya boleh menjadi seperti Anna, saya akan menyukai diri sendiri." 


Saya memberitahunya hal yang telah didedahkan oleh Allah kepada saya: "Kamu tidak mahu menjadi seperti saya. Kamu cuma inginkan kebebasan yang diperhatikan, dan berita baiknya ialah kamu boleh memperolehnya jika kamu berusaha." 


Kebenarannya ialah, apabila kita membuat perbandingan cepat berdasarkan apa yang kita lihat pada lahirnya, pembandingan itu menghalang kita daripada mengetahui hati atau cerita orang itu. 


Sebelum saya mempelajari ini, secara rahsia saya berasa geram terhadap pekerjaan Allah dalam kehidupan orang lain, terutamanya apabila pekerjaan itu kelihatan seperti kejayaan. Saya bukanlah seorang pengkritik, saya ialah seorang penafi. Bagi saya, itu adalah lebih teruk. Meraikan pekerjaan Allah dalam kehidupan orang lain tidak mengurangkan pekerjaan Allah dalam kehidupan anda. Sebenarnya, TIDAK merai bersama dengan orang lain boleh mempengaruhi kesanggupan Allah untuk bekerja melalui anda. Jika anda mendapati diri anda berasa geram terhadap kejayaan orang lain, menembusi benteng itu dengan dorongan, dan menanya diri apa yang anda perlu usahakan. 


Adakah terdapat apa-apa dalam hidup anda yang membuat anda tidak gembira dan anda berkuasa untuk mengubahnya? 


Apakah yang menghalang anda daripada membuat perubahan itu? 


Tuhan, saya ingin menyerahkan pembandingan dan kecemburuan saya kepada-Mu dan meminta bimbingan-Mu bagi hidup saya. Adakah Engkau mengarahkan saya ke arah yang saya harus pergi? Bukalah mata saya untuk menanggap apa yang dinyatakan oleh-Mu semasa saya menyerahkan semua itu kepada-Mu. Tolonglah saya untuk menjadi dorongan kepada orang lain, menyedari bahawa saya dikasihi oleh-Mu sebanyak mana Engkau mengasihi orang lain.


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Break Free From Comparison a 7 Day Devotional by Anna Light

Anda sedar bahawa Allah memberikan anda hidup yang berkelimpahan berbanding dengan kehidupan semasa anda, tetapi malangnya pembandingan menghalang anda daripada maju ke tahap seterusnya. Dalam pelan bacaan ini, Anna Ligh...

More

Kami berterima kasih kepada Anna Light (LiveLaughLight) kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.livelaughlight.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami