Info Pelan

Melepaskan Diri Daripada Pembandingan Renungan 7 Hari Oleh Anna LightSampel

Break Free From Comparison a 7 Day Devotional by Anna Light

HARI 1 DARIPADA 7

Ada sebabnya anda memilih pelan bacaan ini. 


Anda mungkin bergelut dengan pembandingan yang berterusan, sentiasa tidak mencapai standard mustahil dalam fikiran anda. Anda mungkin kehilangan persahabatan kerana keperluan berterusan anda untuk menjadi yang terbaik, atau hubungan anda telah kehilangan keintiman kerana pembandingan telah mencuri keupayaan anda untuk menjadi seorang kawan yang benar dan yang menggalakkan orang lain. 


Ataupun anda rasa jemu. 


Jemu dengan masalah hidup yang bertubi-tubi yang memenuhi fikiran anda dengan kegelisahan, keraguan, kemurungan, dan kemarahan kerana pembandingan.


Anda berfikir "Saya tidak dapat bersaing!" Anda inginkan ketenangan yang membolehkan anda untuk dikasihi kerana siapa anda itu, bukan kerana apa yang anda miliki, apa yang telah anda capai, kepopularan, pengaruh, dan kesukaan anda. Dikasihi tanpa syarat. 


Saya tahu, kerana saya berfikiran seperti itu. Pada permulaan tahun ini, saya memutuskan untuk berpuasa selama tiga hari, hanya meminum air dan berdoa tentang beberapa perkara yang saya mahu tangani dalam kehidupan peribadi saya. Saya menulis beberapa doa di atas kertas nota pelekat dan melekatkannya pada dinding almari saya. Saya pandai bangun pagi dan menghabiskan masa yang lebih panjang dalam hadirat Allah, berdoa tentang nota tersebut… untuk tiga hari. Sebaik sahaja puasa saya berakhir, waktu doa tambahan saya kelihatan berakhir juga. Hal yang tidak berakhir ialah kuasa Allah yang bekerja dalam hidup saya melalui doa khusus yang telah saya tempatkan di kaki-Nya. 


Salah satu doa khusus itu ialah: "Tolonglah saya untuk melepaskan diri daripada pembandingan!" Saya rasa dilemahkan, dikuasai beban yang tidak dapat dilihat, dikuasai penilaian saya terhadap orang lain. Saya berhenti mengikuti orang yang membuat saya berasa rendah hati dalam media sosial. Saya bercakap secara negatif tentang orang yang membuat saya berasa cemburu dan tidak pernah meraikan orang yang mempunyai pencapaian yang baik dalam kehidupan mereka. Satu-satunya ketenangan saya ialah pemencilan. Apabila tiada orang di sekeliling saya untuk dijadikan perbandingan, saya rasa selamat. Namun, kesepian melanda dan saya meninggalkan dunia kecil saya dan fikiran saya yang sempit. Saya inginkan jalan KELUAR!


Pelan bacaan berikut ialah jawapan yang saya rasa disampaikan terus daripada takhta Allah. Sepanjang 7 hari seterusnya, kita akan menerokai soalan seperti: 


Apakah itu pembandingan? 


Apakah yang berlaku apabila kita membuat perbandingan? 


Bagaimanakah kita mengatasi pembandingan?


Melalui fikiran ini, yang diberikan secara langsung daripada Allah dalam doa pencarian saya akan kebebasan, saya percaya anda akan menemukan kebebasan daripada jerat pembandingan juga dan mengalami kehidupan berkelimpahan yang telah dirancang-Nya bagi anda.


Tuhan, saya penat. Saya sudah jemu berasa seperti saya tidak cukup bagus, tidak melakukan secukupnya, tidak mencapai cukup banyak. Dunia di sekeliling saya memberikan saya terlalu banyak peluang untuk membandingkan diri saya dengan orang lain dan saya sedar bahawa ini tidaklah sihat. Tolonglah saya untuk meletakkan ini di kaki-Mu dengan penuh keyakinan bahawa saya boleh dibebaskan daripada ini. Saya mahu menjadi orang yang telah dicipta-Mu tanpa halangan untuk mencapai potensi sepenuh saya, dalam Nama Yesus. 


 


Hari 2

Perihal Pelan

Break Free From Comparison a 7 Day Devotional by Anna Light

Anda sedar bahawa Allah memberikan anda hidup yang berkelimpahan berbanding dengan kehidupan semasa anda, tetapi malangnya pembandingan menghalang anda daripada maju ke tahap seterusnya. Dalam pelan bacaan ini, Anna Ligh...

More

Kami berterima kasih kepada Anna Light (LiveLaughLight) kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.livelaughlight.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami