Info Pelan

Melepaskan Diri Daripada Pembandingan Renungan 7 Hari Oleh Anna LightSampel

Break Free From Comparison a 7 Day Devotional by Anna Light

HARI 3 DARIPADA 7

Kita sering membandingkan diri dengan orang lain dan menyimpulkan bahawa kita adalah lebih baik, lebih maju, lebih cantik, lebih kurus, lebih kaya, mempunyai lebih banyak pengikut, lebih berpengaruh daripada mereka. Sesudah itu, kita memiliki perasaan meninggi diri. 


Masalah perasaan meninggi diri adalah perasaan ini berpunca daripada keangkuhan dan kita tahu akibat keangkuhan menurut Alkitab. Keruntuhan.


Masalah membandingkan diri untuk meninggi diri adalah sentiasa ada seseorang yang lebih unggul, seseorang yang lebih cantik, lebih sihat, memiliki rumah yang lebih besar, lebih kaya, mempunyai lebih banyak pengikut, dan lebih berpengaruh daripada kita. Inilah sebabnya akibat kedua pembandingan juga membinasakan hati kita. 


Apabila kita membandingkan diri dengan orang lain dan mendapati diri kekurangan, kita rasa rendah hati. Perasaan rendah diri ini berpunca daripada ketidakyakinan. Ia melebihi kerendahan hati dan melibatkan kenegatifan fikiran, minda, dan sikap. Memandang rendah terhadap diri kita boleh menyebabkan kemurungan, kegelisahan, dan ketakutan. Tingkah laku ini akan memerangkap kita kerana ia mengunci kita dalam penjara bohong. 


Ingatlah, kerendahan hati yang sebenar adalah apa yang kita cari kerana kerendahan hati yang sebenar menyenangkan hati Allah dan memuliakan-Nya. Bayangkan ia seperti penimbang yang seimbang. Kerendahan hati yang sebenar menjadikan kita stabil, tidak terganjak ke mana-mana arah.


Demi memiliki kerendahan hati yang sebenar, kita mesti menggunakan standard-Nya sebagai kayu pengukur kita sahaja—dan kita sedar tahap kita berbanding dengan Dia. 


Roma 3:23 memberitahu kita, "Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah." 


Kita tidak memenuhi jangkaan! Di sinilah kerendahan hati—kerendahan hati yang sebenar—timbul kerana kita tidak sebaik seperti yang diharapkan, kita tidak dapat melakukannya sendiri. 


Bayangkan hidup anda bagaikan anak panah. Pemanah menarik busur dan melepaskannya ke arah sasaran. Sasaran itu ialah standard Allah bagi hidup kita. Anak panah melayang tetapi tidak sampai ke sasaran itu, tidak mengenai pusat sasaran, tidak mengenai sasaran sama sekali. Itulah yang dimaksudkan oleh Alkitab apabila ia menyatakan bahawa kita jauh daripada Allah.


Berita baiknya ialah, Allah dalam kasih kurnia-Nya memberikan kita Yesus, yang mengutip anak panah kita dan menolong kita sampai ke sasaran itu. Melalui Yesus, kita boleh meneruskan sehingga tamat, tetapi kita memerlukan DIA! Kita semua memerlukan Dia. Tiada orang yang lebih baik. Tiada orang yang lebih teruk. Berhubung dengan nilai kita, Dia memandang kita dengan pandangan yang sama. Dalam Dia, kita menemukan identiti sebenar kita, dan apabila kita mengetahui siapa kita ini, kita menemukan jalan kita dan tujuan kita, hidup yang telah diberikan-Nya kepada kita. 


Kerendahan hati yang sebenar dan kekal timbul apabila kita menetapkan pandangan kita pada sasaran, bukan pada anak panah yang lain.


Tuhan, tolonglah saya untuk menetapkan pandangan saya pada-Mu dan bukannya pada apa yang sedang dilakukan atau dikatakan oleh orang lain. Nilai, identiti dan haluan saya datang daripada-Mu dan bukan orang lain. Saya inginkan kerendahan hati yang sebenar dan hati yang menyenangkan serta memuliakan-Mu. Tunjukkan lingkungan kehidupan saya yang terganjak ke arah keangkuhan atau ketidakyakinan dan bawalah saya kembali supaya saya sejajar dengan-Mu. 


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Break Free From Comparison a 7 Day Devotional by Anna Light

Anda sedar bahawa Allah memberikan anda hidup yang berkelimpahan berbanding dengan kehidupan semasa anda, tetapi malangnya pembandingan menghalang anda daripada maju ke tahap seterusnya. Dalam pelan bacaan ini, Anna Ligh...

More

Kami berterima kasih kepada Anna Light (LiveLaughLight) kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.livelaughlight.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami