Info Pelan

Melepaskan Diri Daripada Pembandingan Renungan 7 Hari Oleh Anna LightSampel

Break Free From Comparison a 7 Day Devotional by Anna Light

HARI 4 DARIPADA 7

Cara membuat perbandingan yang paling mudah dan paling membinasakan adalah melalui media sosial. Saya mengatakan paling membinasakan kerana dua sebab: kita menggunakan media sosial setiap hari, berkemungkinan banyak kali sehari, dan kita biasanya bersendirian dan terasing dengan fikiran kita. Kebenaran yang menyedihkan ialah ini bukanlah suatu masalah 10 tahun lalu. Media sosial telah merebak dalam budaya kita dalam satu dekad kebelakangan ini sehinggakan menyebabkan epidemik jiwa yang mendambakan perhatian tetapi berasa lebih sepi sekarang. 


Sesuatu yang telah direka bentuk untuk menghubungkan kita sebenarnya mula mengasingkan kita dan jika kita tidak berhati-hati, penetapan minda pembandingan yang membinasakan ini boleh mengecutkan hati kita lebih cepat daripada apa-apa perkara yang lain. 


Mengapa? 


Orang biasa memiliki lima akaun media sosial dan menghabiskan satu jam dan empat puluh minit sehari untuk mengimbas akaun tersebut.


Namun begitu, kita tertanya-tanya mengapa kita bergelut dengan pembandingan, ketidakcekapan, ketidakyakinan, dan kekurangan.


Apakah yang kita pandang lebih kerap lagi?


Walau bagaimanapun, saya rasa jawapannya bukanlah menjauhi diri daripada media sosial. Masalahnya terletak pada hal yang keterlaluan. Kita perlu mengingati bahawa kita berada di dunia ini tetapi bukan milik dunia ini. Kita perlu belajar menggunakan media sosial, seperti hal yang lain, untuk kebaikan diri, dan kemuliaan-Nya. 


Bentuk badan dan rupa fizikal kita merupakan satu lagi perbandingan cepat yang kita buat. Kita mungkin melihat seseorang itu dan setelah memandang sepintas lalu menilai serta membuat perbandingan berdasarkan pemakaian mereka, solekan mereka, gaya rambut atau penampilan mereka. Ada kalanya semua ini cumalah pemerhatian seseorang individu dan ia tidak salah. Masalah timbul apabila kita membandingkan diri dengan orang lain berdasarkan wajah mereka. 


Sering kali, pembandingan melibatkan harta material seperti rumah, kereta, gaji, dan percutian. Kita melihat aspek luaran, bingkai, lambang, jenama, atau seragam, dan membuat penilaian yang cepat tanpa mengetahui cerita sepenuhnya. Masalah ini timbul apabila kita menghalang diri daripada berhubungan secara ikhlas dengan orang lain. Kita menganggap orang lain berada pada taraf yang lebih tinggi daripada kita atau tidak setanding dengan kita menurut persepsi kita terhadap mereka.


Kita juga membandingkan pengalaman hidup dan pencapaian orang lain dengan diri kita. Anda inginkan pasangan, tetapi masih bujang. Anda mahu anak, anda berharap dapat menghabiskan masa bersendirian tanpa anak anda! Anda inginkan keluarga yang tidak disfungsi. Perempuan itu mempunyai tubuh yang sempurna, anda masih bersusah payah menghilangkan berat badan yang bertambah semasa hamil lima tahun lalu. Syarikatnya berkembang, dan syarikat anda gagal. 


Hal yang dijadikan perbandingan kita menunjukkan hal yang penting buat kita. Saya akan berdebat bahawa kita tidak harus menghapuskan pembandingan dan kecemburuan sahaja. Saya mempelajari bahawa kita sebenarnya boleh menggunakannya sebagai alat untuk mengarahkan hidup kita dan menyedarkan kesedaran kendiri kita. Kita akan berbincang lebih lanjut tentang ini esok.


Tuhan, bukalah mata saya terhadap perkara yang menimbulkan kecemburuan saya. Tolonglah saya untuk menyelidiki diri sendiri dan menghabiskan masa untuk betul-betul merenungkan kelakuan saya. Tunjukkan mengapa saya rasa terancam oleh sesetengah orang atau keadaan dan tolonglah saya untuk tidak meninggikan diri atau terlalu merendahkan diri berdasarkan penilaian cepat saya terhadap penampilan mereka. 


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Break Free From Comparison a 7 Day Devotional by Anna Light

Anda sedar bahawa Allah memberikan anda hidup yang berkelimpahan berbanding dengan kehidupan semasa anda, tetapi malangnya pembandingan menghalang anda daripada maju ke tahap seterusnya. Dalam pelan bacaan ini, Anna Ligh...

More

Kami berterima kasih kepada Anna Light (LiveLaughLight) kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.livelaughlight.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami