Info Pelan

KEHIDUPAN BERDOASampel

KEHIDUPAN BERDOA

HARI 5 DARIPADA 5

TUHAN, TIDAK APA-APA JIKA ENGKAU MENGGANTINYA

Beberapa tahun yang lalu saya tinggal di sebuah bandar di mana saya tidak dapat membeli barang yang sesuai dengan saya. Jadi kadangkala saya menghantar surat ke kedai utama untuk mencari barang yang saya perlukan, dan mereka akan menghantar saya sebuah borang pesanan. Di bawah borang pesanan tersebut, ada pernyataan yang tertera seperti ini: "Jika kami tidak mempunyai barang yang anda pesan, bolehkah kami memberi pengganti?"

Suatu ketika saya menuliskan “ya” pada borang dan mereka menjawab, “Kami minta maaf kami tidak mempunyai barang yang anda pesan, jadi kami menghantar pengganti–“ dan mereka menghantar saya barang yang 2x ganda lebih mahal daripada barang yang dipesan. Mereka mempunyai satu peraturan yang menyatakan bahawa sekiranya mereka tidak dapat menyediakan barang yang dipesan oleh pelanggan, mereka akan menggantikannya dengan barangan lain yang lebih berkualiti.

Setelah itu saya selalu menulis "ya" dengan huruf besar agar mereka memahami apa yang saya maksudkan.

Apabila kita berdoa kepada Tuhan, lebih baik kita menulis di borang pesanan, bahawa kita sanggup membiarkan Dia menghantar pengganti, kerana setiap kali Tuhan melakukan ini, Dia akan menghantar sesuatu yang lebih baik kepada kita.

Renungan

Kita harus sedar bahawa perancangan Tuhan sentiasa lebih daripada apa yang kita fikirkan dan yang kita minta. Berapa ramai di antara kita yang sering memaksa Tuhan melakukan apa yang kita mahu? Jika Tuhan tidak mengabulkan permintaan kita, kita percaya bahawa Tuhan mempunyai perancangan yang lebih baik untuk hidup kita.

Doa bukanlah menarik Tuhan kepada kehendak saya, tetapi menyelaraskan kehendak saya dengan kehendak Tuhan (E. Stanley Jones)

Hari 4

Perihal Pelan

KEHIDUPAN BERDOA

Doa adalah nafas kehidupan bagi setiap orang percaya. Kita berdoa bukan hanya kerana kita memerlukan sesuatu daripada Tuhan. Tetapi biarlah doa itu menjadi sebahagian daripada kehidupan rohani setiap orang percaya. Renun...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bethany Church (Singapore) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bcs.org.sg/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami