Info Pelan

KEHIDUPAN BERDOASampel

KEHIDUPAN BERDOA

HARI 4 DARIPADA 5

MEMINTA SEDEKAH ATAU TANGAN TUHAN

Dr. Haddon Robinson berkata, "Ketika anak-anak kami masih kecil, kami bermain suatu permainan. Saya akan meletakkan beberapa syiling di tangan saya. Lalu mereka akan duduk di atas riba dan cuba membuka jari saya. Mengikut peraturan permainan yang dipakai di peringkat antarabangsa, apabila satu daripada jari telah berjaya dibuka, jari tersebut tidak boleh ditutup semula. Jadi mereka akan terus mencuba, sehingga mereka mendapatkan syiling yang saya pegang. Hanya sebuah permainan. "

Kadang-kadang apabila kita datang kepada Tuhan, kita datang untuk mendapatkan duit syiling di tangan-Nya – 'Tuhan, saya minta saya boleh lulus', 'Tuhan, saya perlukan pekerjaan', 'Tuhan, saya ingin diberkati.'

Kita cuba untuk mendapatkan syiling tersebut. Namun, ketika Tuhan mengabulkan doa kita, kita menolak tanganNya itu. Yang lebih penting daripada duit syiling di tangan Tuhan ialah tangan Tuhan itu sendiri. itulah ertinya doa.

Renungan

Dalam kehidupan doa, kita sering fokus pada perkara yang kita inginkan melalui doa kita, dan tidak fokus kepada Tuhan yang mampu mengabulkan doa kita. Adakah kita sentiasa mencari jawapan kepada doa kita berbanding mencari Tuhan yang mampu mengabulkan doa kita? Fokuskan perhatian kita kepada Tuhan dalam doa kita, dan bukannya pada perkara yang kita minta kepada Tuhan.

Sering kali, kita menganggap doa sebagai sebuah transaksi dan bukannya peluang berhubungan untuk dengan Tuhan (Anonim)

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

KEHIDUPAN BERDOA

Doa adalah nafas kehidupan bagi setiap orang percaya. Kita berdoa bukan hanya kerana kita memerlukan sesuatu daripada Tuhan. Tetapi biarlah doa itu menjadi sebahagian daripada kehidupan rohani setiap orang percaya. Renun...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bethany Church (Singapore) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bcs.org.sg/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami