Info Pelan

KEHIDUPAN BERDOASampel

KEHIDUPAN BERDOA

HARI 1 DARIPADA 5

BAGAIMANA KITA BERDOA


Empat pemuda pergi ke gereja untuk berdoa.

Pemuda pertama berdiri dan berdoa kepada dirinya sendiri “Saya tidak tahu apa yang saya lakukan di sini, lagipun bukankah Yesus berkata bahawa Tuhan mengetahui keperluan kita, sebelum kita meminta? Mengapa saya harus berdoa? Pada pendapat saya, doa nampaknya tidak penting!”

Pemuda kedua berdiri dan berdoa kepada dirinya sendiri, “Dunia ini adalah dunia yang diperintah oleh undang-undang yang kekal. Bagaimana mungkin saya berani mendekati Tuhan dan meminta Dia untuk mengubah salah satu peraturan di alam semesta ini, hanya untuk menyelaraskannya dengan kehendak saya? Pada pendapat saya, doa itu tidak munasabah!”

Pemuda ketiga berdiri dan berdoa kepada dirinya sendiri, “pada pendapat saya, adalah sangat berisiko dari segi emosi dan mental jika saya berlari kepada Tuhan dengan segala kesusahan saya. Saya seharusnya menjadi seorang lelaki sejati yang mampu menyelesaikan semua kesusahan sendiri. Saya merasakan doa itu tidak sihat dan tidak matang!”

Pemuda keempat memukul dadanya dan berkata, "Tuhan, kasihanilah aku orang berdosa - dan ubahlah aku!" (Lukas 18:13)

Renungan:

Dalam sikap hati kita dalam berdoa, kita perlu merendahkan diri di hadapan Tuhan, kerana doa adalah penyingkapan akan kebergantungan kita kepada Tuhan. Apabila kita berdoa, adakah hati kita ikhlas bergantung kepada Tuhan, atau adakah doa itu telah menjadi sekadar tradisi bagi kita? Kita hendaklah sentiasa menjaga hati dan sentiasa bergantung hidup kepada Tuhan.

Doa tidak mengubah Tuhan, tetapi ia mengubah orang yang berdoa (Soren Kierkegaard)

Hari 2

Perihal Pelan

KEHIDUPAN BERDOA

Doa adalah nafas kehidupan bagi setiap orang percaya. Kita berdoa bukan hanya kerana kita memerlukan sesuatu daripada Tuhan. Tetapi biarlah doa itu menjadi sebahagian daripada kehidupan rohani setiap orang percaya. Renun...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bethany Church (Singapore) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bcs.org.sg/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami