Info Pelan

Tahun Baru: Memulakan Hidup BaruSampel

New Year: A Fresh Start

HARI 4 DARIPADA 5

Hidup dengan Sikap Baru


Salah satu cara terbaik untuk menjalankan hidup yang lebih baik ialah dengan mengamalkan sikap yang lebih baik. Apabila kita ialah pengikut Yesus Kristus, kita ialah ciptaan baru. Oleh itu, kita boleh mengamalkan sikap yang diperbaharui tentang setiap aspek kehidupan kita. Kita juga diarahkan berkenaan sikap yang harus diamalkan. Itu ialah sikap yang akan memberikan kita pendekatan yang baru terhadap hidup dan menghasilkan kesegaran yang kekal dalam hidup kita.


Dalam Filipi bab 2, Paulus menulis bahawa kita tidak harus mengamalkan sikap manusia berdosa, sebaliknya hendaklah seperti sikap Kristus Yesus. Kita harus mendekati hidup seperti Yesus. Pendekatan biasa kita ialah membuat keputusan dan bertindak secara mementingkan diri dan angkuh, menjaga kepentingan sendiri dan mengutamakan diri sendiri. Dengan kata lain, kita mengamalkan sikap mementingkan diri dan angkuh yang sentiasa mengutamakan keperluan dan keinginan diri berbanding orang lain. Bentuk sikap ini pasti mengurangkan kualiti hidup kita kerana sikap sebegini akan membahayakan hubungan kita dan membuat kita tidak puas hati serta sentiasa menginginkan sesuatu yang lain. Kita diberitahu untuk mengamalkan sikap yang sama seperti Yesus. Walau bagaimanapun, sikap ini berbeza sama sekali daripada sikap biasa kita.


Yesus mempunyai sebab untuk bersikap bangga, terlalu angkuh, dan seronok kerana Dia ialah Allah. Namun, Yesus tidak berpaut pada "status-Nya" sebagai Allah. Sebaliknya, Dia meninggalkan kemuliaan-Nya. Dia menjadi manusia dan datang ke bumi ini sebagai seorang bayi. Dia bersikap rendah diri, sepertimana yang ditunjukkan dalam kelahiran-Nya di kandang binatang. Katil pertama-Nya ialah palung untuk binatang. Kedatangan-Nya hina dan Dia membesar dalam keluarga yang sederhana dan di kota yang tidak seberapa.


Sepanjang hidup-Nya di dunia ini, Dia menunjukkan hati seorang hamba, yang datang "bukan untuk dilayan, tetapi untuk melayan." Dia betul-betul taat kepada Bapa, meskipun perlu mengorbankan nyawa-Nya demi manusia. Dia tidak mementingkan diri, tidak bongkak; taat, tidak degil; tidak mencari keuntungan, malah rela memberikan segala sesuatu.


Yesus yang menjadi contoh hidup dengan sikap yang betul setiap hari ini kini hidup dalam hati orang yang telah menyerahkan hidup mereka kepada-Nya. Roh Kudus boleh memperkasakan kita untuk hidup sedemikian.


Tahun baru ialah masa untuk hidup dengan sikap baru yang tidak mementingkan diri, kasih pengorbanan, dan diubah setiap hari oleh sikap baru itu.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

New Year: A Fresh Start

Tahun yang baru sama dengan permulaan baru dan memulakan hidup baru. Tahun baru ialah masa untuk menetap semula, menyegar semula, dan memfokus semula pada perkara yang paling penting dalam hidup anda. Menjalani tahun yan...

More

Kami bersyukur kepada International Leadership Institute kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://ILIteam.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami