Info Pelan

Tahun Baru: Memulakan Hidup BaruSampel

New Year: A Fresh Start

HARI 3 DARIPADA 5

Hidup dengan Akses Baru kepada Allah


Pada saat kematian Yesus, Allah melakukan sesuatu yang mengubah keadaan. Tirai di Rumah Tuhan yang memisahkan Bilik Maha Suci "koyak dari atas sampai ke bawah, sehingga menjadi dua helai."


Walaupun ini merupakan peristiwa yang betul-betul berlaku, kepentingan sebenar ialah apa yang dilambangkannya. Bilik Maha Suci ialah kawasan larangan bagi orang Ibrani. Hanya Imam Agung boleh memasuki Bilik Maha Suci. Meskipun demikian, ada protokol ketat yang perlu dipatuhi. Bilik Maha Suci adalah istimewa kerana di sinilah tempat kediaman Allah yang nyata.


Tabut Perjanjian disimpan di Bilik Maha Suci, dan penutup Tabut dipanggil "kerubin kemuliaan." Menaungi kerubin kemuliaan ini ialah "cahaya hadirat TUHAN." Memasuki Bilik Maha Suci bermaksud anda berada dalam hadirat Allah. Tiada orang yang mempunyai akses kepada Bilik Maha Suci. Imam Agung pun dibenarkan memasuki bilik itu secara mengundur bukannya menghadapi "Hadirat" itu."


Kematian Yesus di salib telah mengubah semua itu. Daripada korban haiwan yang tidak sempurna sebagai penebusan dosa yang sementara, Yesus ialah korban yang lengkap dan sempurna yang dipersembahkan sekali untuk selama-lamanya. Oleh itu, Dia ialah Imam Agung kita yang sempurna, yang telah mempersembahkan korban yang sempurna, membolehkan kita untuk memiliki akses yang berterusan kepada Allah. Tiada lagi tirai yang memisahkan kita daripada hadirat Allah. Melalui Yesus, kita mempunyai akses sepenuhnya kepada Allah.


Ibrani 4 memberitahu kita bahawa akses yang baru kepada Allah ini mengubah hidup. Kita mempunyai akses kepada belas kasihan Allah dan kasih kurnia Allah. Kita boleh mendekati takhta Allah dengan berani dan yakin, menyedari bahawa adanya belas kasihan dan kasih kurnia. Kita tidak perlu masuk secara mengundur seperti yang dilakukan oleh Imam Agung Ibrani. Kita mempunyai akses yang baru dan berbeza kepada Allah!


Paulus berkata dalam kitab Roma bahawa kita telah diambil sebagai anak angkat ke dalam keluarga Allah, dan Yohanes menjelaskan bahawa orang yang mempercayai Kristus ialah "anak Allah."


Petikan ini memberikan kita harapan. Kita tidak perlu bersembunyi daripada Allah seperti Adam dan Hawa selepas berdosa. Menemui akses kepada rahmat baru Allah boleh memberikan kita permulaan yang baru untuk memulakan hidup yang baru sepanjang tahun!


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

New Year: A Fresh Start

Tahun yang baru sama dengan permulaan baru dan memulakan hidup baru. Tahun baru ialah masa untuk menetap semula, menyegar semula, dan memfokus semula pada perkara yang paling penting dalam hidup anda. Menjalani tahun yan...

More

Kami bersyukur kepada International Leadership Institute kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://ILIteam.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami