Info Pelan

Tahun Baru: Memulakan Hidup BaruSampel

New Year: A Fresh Start

HARI 1 DARIPADA 5

Hidup dengan Hati yang Baru


Salah satu kemajuan perubatan zaman moden yang paling menakjubkan ialah pemindahan organ. Khususnya, saya kagum dengan kebolehan memindahkan jantung daripada satu tubuh kepada tubuh yang lain. Idea bahawa seseorang boleh menggantikan jantung yang berpenyakit dengan jantung yang sihat, yang dipindahkan daripada tubuh orang lain membuat saya kagum. Ini merupakan contoh seseorang yang menerima jantung yang baru yang membolehkannya untuk hidup.


Sehebat mana pun hal ini, ini bukanlah jenis "pemindahan jantung" yang paling menakjubkan. Tiada jaminan bahawa seseorang itu akan menjadi berbeza sesudah menerima pemindahan jantung fizikal. Jika ia kejam, mementingkan diri, dan angkuh dengan jantung lama mereka, mereka mungkinlah kejam, mementingkan diri, dan angkuh dengan jantung yang baru. Mereka terus hidup tetapi kehidupan mereka mungkin tidak berbeza.


Walau bagaimanapun, Allah berjanji untuk memberikan kita hati baru yang akan mengubah hidup kita. Melalui nabi Yehezkiel, Allah berkata Dia akan memberikan kita suatu pemindahan hati. Dia akan memberikan kita hati yang baru, yang lebih baik. Hati ini tidak dikeraskan oleh dosa. Hati ini suci daripada segala kekotoran dosa kita dan perkara yang menjadi pahala dalam hidup kita. Kita akan memiliki hati yang berbeza sama sekali daripada hati asal kita, dan hati ini bukan sahaja membolehkan kita untuk terus hidup. Hati ini akan membolehkan kita untuk mengalami hidup yang terubah.


Memanglah menarik untuk memerhatikan kos pemindahan hati ini. Apabila jantung fizikal dipindahkan, ini bermaksud seseorang telah mati. Penderma jantung tersedia kerana seseorang mengalami kecederaan atau penyakit yang membawa maut. Mereka mati walaupun mereka tidak menderma jantung mereka, tetapi kenyataannya ialah pemindahan jantung tidak berlaku melainkan seseorang meninggal dunia.


Kos yang sama terlibat dalam pemindahan hati rohani. Ini mungkin kerana seseorang telah mati. Kita boleh memiliki hati yang baru hanya melalui pengorbanan Yesus yang mati di salib. Semasa Dia terpaku pada salib, Dia menanggung dosa kita dan mati supaya kita boleh menerima hati baru yang suci. Dengan pengorbanan yang amat besar, hati yang baru tersedia bagi kita.


Semasa tahun yang baru bermula, adakah anda memerlukan hati yang baru? Hati ini tersedia melalui hubungan dengan Yesus. Dia mahu anda untuk memiliki hati yang suci dan baru. Kosnya sudah dibayar, dan hati itu tersedia untuk anda.


Hari 2

Perihal Pelan

New Year: A Fresh Start

Tahun yang baru sama dengan permulaan baru dan memulakan hidup baru. Tahun baru ialah masa untuk menetap semula, menyegar semula, dan memfokus semula pada perkara yang paling penting dalam hidup anda. Menjalani tahun yan...

More

Kami bersyukur kepada International Leadership Institute kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://ILIteam.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami