Info Pelan

Krismas Sama Sekali ialah pelan lima hari YouVersion tentang Menuntut Kembali Kesejahteraan Musim Cuti oleh Tama FortnerSampel

Simply Christmas a Five-Day Reading Plan to Reclaim the Peace of the Holidays by Tama Fortner

HARI 5 DARIPADA 5

Disebabkan Yesus Telah Dilahirkan



Ayat Alkitab: Yohanes 10:10; Filipi 2:5-11; Wahyu 21:4



Saya berfikir tentang dunia yang menjadi tempat kelahiran Yesus—sebuah dunia yang diduduki kuasa asing dan raja yang mempunyai niat hendak membunuh. Dunia yang didiami pegawai yang tidak bercakap benar dan pemungut cukai yang tidak jujur. Dunia yang, dalam banyak segi, tidak banyak berbeza daripada dunia kita.



Salomo pernah menyatakan, "Tiada apa-apa pun yang baru di bawah matahari” (Pengkhutbah 1:9, AVB). Berhubungan dengan kehuru-haraan, kejahatan, dan dosa manusia, kata-katanya memanglah lebih benar daripada yang diharapkan. Terutamanya semasa kita memandang mata kanak-kanak yang mengharapkan kita untuk menunjukkan jalannya. Namun, kerajaan duniawi ini—dunia yang merupakan tempat kelahiran kita—cumalah sementara. Kerajaan Kristuslah yang akan kekal selama-lamanya.



Sementara kita tidak mengetahui semua perincian tentang syurga yang akan datang, kita mengetahui kebenaran yang indah ini: “ Dia akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan. Perkara-perkara lama sudah lenyap" (Wahyu 21:4, BM). Jiwa kita merindui syurga, rumah kita.



Pada suatu hari nanti, kita akan ke sana, di Kerajaan yang tidak akan lenyap. Ini disebabkan Yesus telah dilahirkan di dunia ini.



Tuhan, Penebus saya, saya memuji-Mu kerana hidup yang telah Engkau berikan kepada saya—dan kerana janji hidup kekal bersama dengan Engkau. Amin.



Menuntut Kembali Krismas



Yesus mati untuk memberikan kita hidup dalam-Nya (Yohanes 10:10). Hidup yang "kelimpahan" (BM), "penuh berkat" (TSI). Adakah kita memiliki hidup itu? Ataupun, adakah kita sesat dalam debu dan tanah, tarikh akhir dan gangguan? Hari ini, lakukan sesuatu yang memenuhi anda dan membuat anda rasa hidup dan kelimpahan. Mungkin sesuatu yang biasa seperti meniup buih dengan anak (atau sendiri), berjalan-jalan, atau ketawa sehingga sakit perut. Atau, sesuatu yang lebih besar, seperti mengejutkan jiran dengan hadiah yang tidak diduga, menjadi sukarelawan di tempat perlindungan, atau menghulurkan bantuan di mana hati anda melihat keperluan. Hiduplah dengan kelimpahan sekarang ini.






Hari 4

Perihal Pelan

Simply Christmas a Five-Day Reading Plan to Reclaim the Peace of the Holidays by Tama Fortner

Memperlahankan diri dan menikmati waktu bersama dengan Penyelamat pada musim ini. Pilihlah untuk berhenti sejenak dan merenung seperti yang dilakukan oleh Maria, tenggelam dalam kekaguman Imanuel, Allah menyertai kita. P...

More

Kami berterima kasih kepada Penguin Random House kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami