Info Pelan

Krismas Sama Sekali ialah pelan lima hari YouVersion tentang Menuntut Kembali Kesejahteraan Musim Cuti oleh Tama FortnerSampel

Simply Christmas a Five-Day Reading Plan to Reclaim the Peace of the Holidays by Tama Fortner

HARI 3 DARIPADA 5

Lebih Kuat daripada Keraguan. Lebih Besar daripada Perincian.



Ayat Alkitab: Matius 19:26; Lukas 1:5-25; Amsal 3:5–6



Zakharia dan Maria kelihatannya mengajukan soalan yang serupa kepada malaikat dalam Lukas 1. Walau bagaimanapun, jika dilihat dengan teliti, anda akan melihat bahawa ia adalah berbeza. Sementara Zakharia menyuarakan keraguan, Maria meminta perincian.



Jawapan bagi kedua-dua soalan itu adalah sama: Allah.



Dengan Allah, tiada hal yang mustahil. Dia adalah lebih kuat daripada apa-apa keraguan dan berupaya meliputi semua perincian.



Pada musim cuti ini, kita akan berhadapan dengan hal yang nampaknya mustahil—dan saya tidak memaksudkan senarai tugas yang tidak berkesudahan itu. Kita akan diminta untuk mengasihi orang yang sukar dikasihi, untuk menjaga ketenteraman dengan orang yang berniat untuk mengganggu ketenteraman, untuk berdiam apabila kita ingin melepaskan marah, dan untuk memberi apabila kita rasa kita tiada apa-apa yang dapat diberikan. Yang paling penting, kita akan dicabar untuk menyinarkan cahaya Yesus ke dalam hati dan perayaan anak kita, keluarga kita, kawan kita, dan semua orang yang kita temui.



Apabila kemustahilan menguasai kita, apabila keraguan timbul, dan apabila perincian bagaimana, bila dan di mana mengancam untuk melemaskan kita, ingatlah jawapannya: Allah. Keraguan kita tidak mengurangkan kuasa-Nya mahupun keinginan-Nya untuk bekerja dalam perincian hidup kita.



Ya Tuhan, Allah saya, sinarlah cahaya-Mu dengan terang dalam hidup saya sehinggakan ia mengalahkan semua keraguan dan kerisauan tentang perincian. Amin.



Menuntut Kembali Krismas



Anda tidak mahu pergi ke suatu parti, aktiviti, makan malam, perhimpunan, apa-apa pun, tetapi ada kalanya anda tidak dapat menolak. Apabila saya terperangkap dalam situasi yang tidak diinginkan, saya mendapati nasihat lama itu masihlah benar: berhenti berfikir tentang diri sendiri—jika pakaian saya adalah betul atau berapa lama sebelum ikatan rambut saya jatuh—sebaliknya berfikir tentang orang lain. Sertai orang yang duduk bersendirian, mendengar remaja yang berasa malu dan gelisah tentang membesar, menolong ibu lain yang memerlukan ketenangan sementara. Berusahalah untuk menjadi suatu berkat, dan anda akan mendapati diri anda diberkati, walaupun semasa anda mengalami situasi yang tidak diinginkan.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Simply Christmas a Five-Day Reading Plan to Reclaim the Peace of the Holidays by Tama Fortner

Memperlahankan diri dan menikmati waktu bersama dengan Penyelamat pada musim ini. Pilihlah untuk berhenti sejenak dan merenung seperti yang dilakukan oleh Maria, tenggelam dalam kekaguman Imanuel, Allah menyertai kita. P...

More

Kami berterima kasih kepada Penguin Random House kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami