Info Pelan

Krismas Sama Sekali ialah pelan lima hari YouVersion tentang Menuntut Kembali Kesejahteraan Musim Cuti oleh Tama FortnerSampel

Simply Christmas a Five-Day Reading Plan to Reclaim the Peace of the Holidays by Tama Fortner

HARI 2 DARIPADA 5

Sangat Diberkati



Ayat Alkitab: Lukas 1:26-38; Yohanes 3:16; 1 Yohanes 3:1



Bagi dunia ini, Maria cumalah seorang perempuan miskin dari sebuah kampung yang miskin. Muda, kecil, dan tidak penting. Jadi, apabila malaikat datang kepadanya dan menyatakannya "sangat diberkati," saya mengesyaki Maria tidak rasa dirinya sangat diberkati. Sebenarnya, ayat seterusnya memberitahu kita bahawa Maria berasa "terkejut" (ITB), "runsing" (AVB), dan "gelisah" (BM) dengan sapaan malaikat itu.



Kita tidak perlu mencungkil secara mendalam untuk memahami mengapa, bukan? Kerana walaupun banyak hal telah berubah antara zaman Maria dan zaman kita, satu hal tidak berubah—keinginan dan keengganan serentak kita untuk berasa sangat diberkati. Dengan segala persaingan dan perbandingan yang halus dan kurang halus, ada kalanya Krismas menonjolkan kelemahan anggapan kendiri kita. Memanglah mudah untuk memandang orang lain dan rasa kecil, tidak penting.



Jangan mendengar keraguan itu. Kita adalah—anda adalah, saya adalah—sangat diberkati.



Jika kata-kata tersebut mengejutkan, merunsingkan, atau membuat anda gelisah, biarlah jawapan malaikat terhadap ketakutan Maria menjadi jawapan kita juga: “Jangan takut . . . engkau beroleh kasih karunia di hadapan Allah" (Lukas 1:30, ITB). “Perkenan percuma, spontan, sempurna dan kebaikan" (free, spontaneous, absolute favor and loving-kindness; AMPC) kasih kurnia Allah adalah milik kita. Bukan kerana apa yang telah kita lakukan atau tidak lakukan, tetapi kerana siapa kita ini: milik-Nya. Kita tidak memerlukan malaikat untuk mengatakan itu kepada kita. Allah sendiri telah memberitahu kita. Mesej itu ternyata di dalam palung. Kita—anda dan saya—sangat diberkati kerana Tuhan telah memilih untuk menyertai kita.



Tuhan segala tuhan, ajarlah hati saya untuk mempercayai bahawa saya sangat diberkati oleh-Mu. Amin.



Menuntut Kembali Krismas



Seorang pustakawan kanak-kanak pernah memberitahu kumpulan ibu muda kami semasa waktu cerita—dengan anak yang duduk di atas riba kami, berpaut pada leher kami, dan di belakang kami—bahawa biskut potong dan bakar tidak memadai. Saya mempercayainya. Bertahun-tahun lamanya. Mengapa? Kerana saya cuba mencapai jangkaan orang lain tentang diri saya. Kerana saya ingin menjadi sangat diberkati. Sekarang ini, saya menyedari kebenarannya: biskut potong dan bakar adalah memadai. Begitu juga dengan biskut sejuk beku, biskut sedia, ataupun biskut yang dihasilkan tanpa sebarang asas, biskut guling dan biskut beraising. Biskut itu bukanlah pokoknya. Pokoknya ialah masa yang dihabiskan bersama-sama.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Simply Christmas a Five-Day Reading Plan to Reclaim the Peace of the Holidays by Tama Fortner

Memperlahankan diri dan menikmati waktu bersama dengan Penyelamat pada musim ini. Pilihlah untuk berhenti sejenak dan merenung seperti yang dilakukan oleh Maria, tenggelam dalam kekaguman Imanuel, Allah menyertai kita. P...

More

Kami berterima kasih kepada Penguin Random House kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami