Info Pelan

Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring: A Woman's 40-day Journey

HARI 6 DARIPADA 90

MENYEDIAKAN TANAH Baca Lukas 8:19-21. Dengarlah perkataan Yesus sekali lagi. Yesus sedang mengulangi ajaranNya. Sesuatu yang diulangi memang penting. Hari ini, secara tenang dan lembut, tanpa ketakutan, tanya sendiri, "Bagaimanakah respons saya terhadap firman Allah? Apakah saya hanya bersetuju dengannya atau apakah saya benar-benar mematuhinya?" Baru-baru ini, beberapa sahabat lama saya yang dikasihi bersedar bahawa mereka mendengar firman Allah dan mempercayai firman Allah tetapi tidak benar-benar melakukannya. Mereka ingat mereka mengikuti Yesus. Orang lain di sekitar mereka juga ingat demikian, tetapi ini bukan sebenarnya. Mereka menangis kerana bertahun-tahun yang kelepasan, kerana peluang yang disia-siakan, dan kerana ketidakpatuhan mereka mengesani anak-anak dan keluarga mereka. Mereka bersedar bahawa mereka cuba mengikuti Yesus tanpa langsung mati terhadap dirinya sendiri. Tiada sesiapa yang berupaya mengikuti Yesus sekiranya dia tidak langsung berserah kepadaNya. "Orang yang mendengar firman Allah serta mentaatinya, merekalah ibu dan saudara-saudara-Ku." Kasih dan kepatuhan tidak boleh dipisahkan. Anda mungkinnya terpesong, tertidur, atau menghadapi cabaran kehidupan yang mencegah anda menumpu perhatian kepada firman Allah dan mengambil berat terhadapnya. Anda mungkinnya memberi alasan. Namun perkataan Yesus jelas sekali: Lukas 14:26 "Sesiapa yang datang kepada-Ku tetapi tidak dapat mengasihi Aku lebih daripada ibunya, bapanya, isterinya, anak-anaknya, saudara lelakinya, dan saudara perempuannya, bahkan dirinya sendiri, tidak dapat menjadi pengikut-Ku." Lukas 14:33 "Akhirnya Yesus berkata, “Demikian juga dengan kamu. Tidak seorang pun daripada kamu dapat menjadi pengikut-Ku, kecuali dia meninggalkan segala miliknya." Betapa sukar pun, tanyalah diri soalan ini: "Apakah saya hanya bersetuju dengan firman Allah atau apakah saya benar-benar mematuhinya?" Lebih baik menangis sekarang, bukan kemudian. Minta bantuan Tuhan, mintalah Dia kasihanimu, seorang yang berdosa. Akui sikap tidak peduli anda, ketakutan anda, dan kekurangan percaya anda. Minta rahmat Tuhan agar anda dapat menyerahkan segalanya. Apakah ini? Kehilangan kuasa? Kemungkinan gagal? Kehilangan kebanggaan diri? Pengakuan bahawa ada perkara yang disembunyikan? "O Tuhan, bantu aku menyedari bahawa Kamu tidak ingin mengambil dari aku, pada sebaliknya Kamu ingin menganugerahkan aku kehidupan yang berlimpahan! Kamu ingin memberi Diri kepadaku!"

Perihal Pelan

Seeds of Spring: A Woman's 40-day Journey

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerim...

More

We would like to thank Thistlebend Ministries and author Laurie Aker for providing this plan. For more information, please visit: www.thistlebendcottage.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami