Info Pelan

Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring: A Woman's 40-day Journey

HARI 5 DARIPADA 90

MENYEDIAKAN TANAH Baca Lukas 8:16-18. Yesus berkata bahawa suatu hari nanti segalanya akan dinyatakan; keadaan hati kita akan didedahkan. Masa itu sudah terlalu lewat. Luangkan seketika untuk membawa kata-kata Yesus ke hati anda. Tanya sendiri, "Bagaimanakah hatiku respons terhadap firman Allah?" Saya mengingati masa saya di darjah satu. Saya mudah terpesong dan tidak menumpu perhatian kepada kerja sekolah. Ketika saya menerima markah yang rendah, saya tidak ingin membawanya balik ke rumah. Cikgu saya mengumpulkan segala kerja kami setiap hari Jumaat. Selepas meninggalkan sekolah, saya akan mengeluarkan kerja yang tidak sempurna dan membuangnya. Saya tidak ingin ibu saya melihatnya. Namun pada akhir penggal segalanya didedahkan. Kad laporan saya mendedahkannya! Mujurlah saya menyedari kesilapan saya. Saya rasa bersalah kerana berbohong kepada ibubapa saya, dan saya tidak suka melihat tanda merah di kad laporan saya, jadi saya bertaubat! Anda mungkin tidak pernah menyembunyikan kerja anda dari ibu! Tetapi, anda mungkin sedikit terpesong dan tidak mengambil berat tentang firman Allah. Anda mungkin cuba menyembunyikan keadaan hati anda dari Allah dan orang lain. Kita semua ada tabiat melihat tindakan orang lain demi menilaikan kemajuan kita sendiri. Kita menilaikan kesolehan dan kepatuhan kita seperti dalam peperiksaan. Sebenarnya bukan seperti ini. Kita khuatir menunjuk Allah keadaan hati kita yang sebenar. Jangan khuatir. Beritahu Dia bahawa anda tidak ingin berdiri di depanNya satu hari nanti dan terjumpa tanda merah di kad laporan anda. Lebih baik lihat kad anda sekarang. Minta Tuhan membekalkan rahmat untuk berbuat segala yang diperlu. Apakah yang diperlu? Berubah? Berserah? Melepaskan keinginan anda? Anda tidak berjalan keseorangan. Anda tidak perlu takut. Anda tidak perlu bersembunyi. Berserulah kepada Tuhan anda: "O Tuhan, kasihanilahku. O Tuhan, aku perlu rahmatMu!" Dia akan menjadi kekuatan dan penolongan yang anda perlu. Baca Galatia 2:20.

Perihal Pelan

Seeds of Spring: A Woman's 40-day Journey

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerim...

More

We would like to thank Thistlebend Ministries and author Laurie Aker for providing this plan. For more information, please visit: www.thistlebendcottage.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami