Info Pelan

Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring: A Woman's 40-day Journey

HARI 8 DARIPADA 90

Menanam dan Memelihara Taman Anda BENIH KEBENARAN Baca Efesus 1:11-14. Apakah kurnia anda dalam Kristus? Apakah yang anda belajar tentang tujuan anda? Tujuan siapakah yang sentiasa dicapai, atau kehendak siapakah yang sentiasa dijadikan? MENANAM BENIH Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini. Efesus 1:11 "Allah melakukan semuanya menurut rancangan dan keputusan-Nya sendiri. Dari mula-mula lagi Dia telah memilih kita, kerana Dia mahu supaya kita menjadi umat-Nya oleh sebab hidup bersatu dengan Kristus." MENJIRAM BENIH Kurnia anda tidak boleh dirampas. Anda boleh sentiasa berehat dan berasa selamat, kerana mengetahui Allah adalah baik. Dia melakukan semuanya - segala perkara - mengikuti rancanganNya. Anda boleh menarik nafas panjang, berehat, dan jangan khuatir kerana anda kepunyaanNya. Anda di dalam Kristus dan Dia di dalam anda. Berfikir kembali tentang kerja Allah dalam kehidupan anda. Ingat kembali bagaimana Dia membawa anda kepada diriNya, mengajar anda dalam firmanNya, serta membimbing anda ke meditasi agama ini. Sekiranya anda di dalam Kristus, Dia sudah mengurniakan anda segala yang diperlu untuk membina pemahaman firmanNya dan kesolehanNya. Dia sudah mengurniakan diriNya kepada anda! Apakah suatu perkara yang boleh anda lakukan ketika menerusi pelan ini, untuk mencapai faedah dari kurniaNya? Bagaimana kalau anda merenungi "benih kebenaran" seluruh hari? Anda boleh salin dan tampalnya dalam teks atau e-mel kepada diri sendiri. Renungilah benih kebenaran ini, janganlah kekhuatiran perkara di dunia. Jiramnya dan bantunya menumbuh. BERBUAH Dia melakukan semuanya mengikuti rancanganNya. BERAKHIR DENGAN DOA Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.

Perihal Pelan

Seeds of Spring: A Woman's 40-day Journey

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerim...

More

We would like to thank Thistlebend Ministries and author Laurie Aker for providing this plan. For more information, please visit: www.thistlebendcottage.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami