Info Pelan

Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap CabaranSampel

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

HARI 6 DARIPADA 30

Anda memiliki jiwa dan anda memiliki roh.



Roh anda adalah bahagian yang lebih tinggi dalam batin anda dan jiwa anda adalah lebih rendah. Roh adalah dasar kehidupan yang dikurniakan kepada manusia oleh Allah dan merupakan bahagian dalam anda yang mengesan dan memahami perkara yang kekal. Anda tidak mungkin berjalan kerana percaya dan bukannya melalui melihat sekiranya anda tidak memiliki roh. Roh anda dicipta untuk berjalan kerana percaya dan jiwa anda hanya mempunyai keupayaan berjalan kerana melihat.



Martin Luther berkata, "Roh adalah bahagian manusia yang paling tinggi dan mulia yang melayakkannya untuk memahami perkara yang tidak dapat difahami, kekal dan tidak kelihatan."



Jiwa anda adalah tempat personaliti anda, perasaan anda, keinginan, kasih sayang dan kebencian. Dinyatakan secara ringkas, jiwa anda adalah asal seluruh spektrum emosi manusia. Apabila Alkitab merujuk kepada jiwa anda, ia merujuk kepada perkara yang mempengaruhi respons beremosi anda terhadap kehidupan.



Dalam Lukas 12, Yesus memberitahu kisah tentang seorang petani kaya yang amat berjaya dan produktif. Apabila petani yang berjaya ini kehabisan ruang untuk menyimpan hasil tuaiannya disebabkan hasil yang banyak, dia membuat keputusan untuk merobohkan bangsalnya yang tidak mencukupi dan membina bangsal yang lebih besar serta lebih mahal. Lelaki ini amat gembira tentang kekayaannya dan berbicara kepada jiwanya, "... kamu sungguh bertuah! Kamu mempunyai segala yang baik bagi keperluanmu selama bertahun-tahun. Nikmatilah hidup! Makan, minum, dan bersukacitalah!" (ay. 19).



Allah mendengar rancangan lelaki yang angkuh ini dan berasa kecewa akan keputusannya untuk menjalankan kehidupan yang tertumpu pada produktiviti material sahaja tanpa berfikir tentang keabadian. Petani ini, di mana jiwanya dipenuhi keriangan dan bangsalnya dipenuhi hasil tuaian yang banyak, memiliki roh yang kosong dan mati.



Ramai orang Kristian membuat kesilapan yang sama seperti petani yang mewah dalam perumpamaan Yesus ini. Kita terus menyuap jiwa kita dan mencatu khasiat roh kita. Jika anda menghabiskan kehidupan anda tertumpu pada kenikmatan duniawi dan keinginan emosi, jiwa anda akan menjadi tidak dapat dikawal. Benarkan saya untuk menanya anda satu soalan yang amat sesuai dan bermakna apabila kita menangani emosi kita yang tidak dapat dikawal, Apakah bahagian anda yang lebih sihat dan lebih kuat? Jiwa anda? Ataupun roh anda? Bagi setiap orang Kristian, jawapan yang jelas dan bersemangat seharusnya, "Roh saya!"
Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi....

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami