Info Pelan

Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap CabaranSampel

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

HARI 8 DARIPADA 30

Salah satu senaman harian yang paling menyegarkan yang dapat anda laksanakan adalah pilihan untuk meluangkan masa dalam penyembahan. Adalah amat penting agar anda memahami bahawa masa yang dihabiskan dalam penyembahan semata-mata akan membolehkan anda untuk menahan badai kehidupan. Menyembah Tuhan pada setiap hari semasa mandi, semasa memandu, ataupun semasa berjalan, akan memberikan anda perspektif syurga terhadap situasi anda. Bernyanyi semasa membasuh pinggan dan melipat pakaian akan memberikan kecergasan pada perjalanan anda dan keriangan dalam hati anda. Adakah anda seorang daripada orang Kristian anoreksia dari segi rohani yang hanya menyanyikan lagu penyembahan pada hari Ahad? Anda terlepas bahagian kehidupan yang terbaik! Percayalah saya - anda tidak mahu terlepas keseronokan membersihkan abu daripada kehidupan anda, menghapuskan kesedihan dan mengenakan kain pujian yang diberikan Yesus kepada anda. Ia merupakan pertukaran yang terhebat sepanjang sejarah: anda memberikan-Nya kesakitan dan keremukan anda dan Dia memberikan anda kain pujian!
Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi....

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami