Info Pelan

Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap CabaranSampel

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

HARI 9 DARIPADA 30

Ester ialah seorang anak yatim yang dibesarkan oleh bapa saudara bujangnya, Mordekhai. Apabila Raja Ahasyweros membuat keputusan bahawa dia mahukan seorang isteri baru, para penyelianya mengatur pertandingan ratu cantik yang terbesar sepanjang sejarah.



Ester telah memenangi pertandingan ratu cantik itu dan berkenan dengan setiap orang di istana.



Apabila bapa saudara Mordekhai enggan bersujud kepada Haman, salah seorang penasihat utama kepada raja, Mordekhai bukan sahaja dihukum mati, malah Haman mendapat kebenaran daripada raja untuk membunuh seluruh bangsa Yahudi. Apabila Mordekhai mengetahui rancangan pengecut ini, dia mengoyakkan pakaiannya, mengenakan kain kabung dan abu lalu keluar ke kota dan meraung dengan kuat serta pedih.



Respons Mordekhai kepada keadaan malang yang dahsyat ini mungkin membeo respons anda terhadap peristiwa kehidupan. Apabila anda tidak mendapat kehendak anda, anda mengikut contoh Mordekhai, mengenakan kain kabung dan melolong serta merungut dengan kuat dan marah sehingga seluruh kota mendengar anda!



Jika anda memilih untuk menjalani kehidupan secara mementingkan diri dan kebudak-budakan dalam kain kabung dan abu, anda akan menolak keintiman dengan Raja segala raja! Oh ... anda masihlah orang Kristian dan anda masihlah menghabiskan keabadian dengan Yesus, akan tetapi, keasyikan anda dengan penderitaan anda akan menolak kemanisan persekutuan berharga dengan-Nya di bumi ini.



Kita tersilap percaya bahawa jika kita berseru dalam penderitaan dengan cukup kuat, kita akan mendapat perhatian Allah. Sebaliknya, kata laluan sebenar kepada hadirat-Nya adalah kesyukuran!



Apabila Ratu Ester mendengar tentang pesta kasihan yang dimulakan oleh bapa saudaranya di depan pagar raja, dia menghantar pakaian baru kepada Mordekhai tetapi dia enggan memakainya. Roh Kudus telah memberikan kita pakaian yang baru juga, namun, sering kali kita enggan menerima kain pujian itu dan sebaliknya memilih untuk menjalankan kehidupan dalam kain penderitaan. Raja segala raja mengetahui bahawa hadirat-Nya adalah tempat kehidupan berkemenangan buat anda dan pintunya dibuka dengan luas untuk kemasukan anda. Malangnya, anda tidak dapat berjalan ke dalam laman dalaman istana-Nya semasa mengenakan kekecewaan keadaan anda.



Kenakanlah kain pujian! Daripada menggeliang-geliut dalam kesakitan emosi ... angkatlah tangan anda dan bernyanyi ke dalam hadirat-Nya!
Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi....

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami