Info Pelan

Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap CabaranSampel

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

HARI 3 DARIPADA 30

Anda hanya akan menjadi orang yang diniatkan Allah dalam penciptaan anda apabila anda menerima kuasa yang telah diniatkan-Nya untuk anda. Saya menjadi amat beremosi sehingga segala sesuatu yang dapat saya lakukan sendiri adalah berfikir tentang diri saya dan perasaan saya. Anda tidak dicipta untuk menyatakan emosi yang tidak terkawal tersebut; anda telah dicipta untuk berbuah, untuk perbuatan baik, untuk Kerajaan Allah dan untuk kuasa!



Terdapat dua frasa yang jelas dalam kitab suci yang telah kita baca hari ini yang mengubah kehidupan dan akan menetapkan nasib emosi anda. "Kamu akan menerima kuasa," mungkin frasa yang paling mengujakan dalam seluruh Perjanjian Baru. Anda akan menerima kuasa! Anda tidak perlu bertungkus-lumus menjalani kehidupan atas kekuatan sendiri! Anda tidak perlu berpuas hati dengan kumbahan emosi dan bagasi generasi! Anda tidak akan menguasai histeria emosi anda sehingga anda menerima kuasa Roh Kudus.



"Lalu kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku," merupakan janji kedua yang merangsangkan dalam ayat yang terkenal ini. Penerimaan kuasa Roh Kudus membenarkan anda untuk menjadi orang yang telah diciptakan Allah dalam anda! Anda memerlukan kuasa Allah supaya anda dapat menjadi saksi terhadap sifat-Nya pada waktu ini. Anda akan menerima kuasa dan anda akan menjadi saksi!



Anda tidak mungkin menjadi segala yang diniatkan Allah terhadap anda sehingga anda menerima kuasa-Nya. Yesus mengetahui bahawa kita tidak berupaya menjalani kehidupan yang berkelimpahan di bumi tanpa kuasa Roh Kudus maka Dia telah memberikan kuasa itu. Ada kalanya saya mengucapkan doa ini beberapa kali sehari kerana saya adalah wanita yang terdesak:



Roh Kudus, penuhilah saya dengan kuasa-Mu! Saya mengingini segala sesuatu yang diberi-Mu, saya mengingini kurnia dan buah-Mu. Saya mengingini kuasa-Mu lebih daripada segala sesuatu yang lain pada hari ini. Sekiranya Engkau mahu saya berdoa untuk mukjizat, dan untuk penyembuhan, saya akan melakukannya, saya mahu ikut serta! Saya mengingini segala sesuatu yang Engkau sediakan untuk saya. Saya mengingini kesabaran dan penguasaan diri di samping damai sejahtera dan sukacita dan kasih. Saya akan menerima segala kuasa yang Engkau rela berikan kepada saya.



Selepas itu, apakah yang harus anda lakukan? Selepas itu ... anda melakukan sesuatu yang paling dibenci manusia yang beremosi - anda tunggu.
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi....

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami