Info Pelan

Langkah Pertama AndaSampel

Your First Steps

HARI 4 DARIPADA 5

MEMAAFKAN



Memilih untuk mengikut Yesus bukan sahaja memulakan perjalanan yang baru bagi anda; keputusan ini bermaksud bahawa Allah tidak mendendami anda kerana masa silam anda. Secara ringkas, Dia mengampunkan anda.



Memperoleh kemaafan merupakan satu pengalaman yang membebaskan. Hidup tanpa perasaan malu atau kekesalan bermaksud kita dapat hidup dengan keriangan dan ketenangan.



Perkara yang terbaik: anda tidak perlu berusaha untuk memperoleh pengampunan Allah; Dia memberinya dengan rela hati.



Walau bagaimanapun, terdapat dua syarat untuk diampunkan.




  1. Anda perlu mengakui dengan rendah hati bahawa anda perlu diampunkan.

  2. Anda perlu memaafkan orang lain.


Kita tidak boleh menjadi penerima kasih kurnia yang tidak wajar diberikan dan memandang hina terhadap orang lain. Diampunkan bermaksud kini anda boleh memaafkan orang lain. Anda tidak perlu berdendam lagi. Allah telah menyingkirkan kad skor kesalahan anda, dan Dia mengarahkan anda untuk melakukan hal yang sama.



Semakin awal anda memilih untuk memaafkan, semakin awal anda akan menemukan kebebasan. Jadilah seperti Yesus: Dia telah mengampunkan anda, sekarang anda memaafkan orang lain.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Your First Steps

Anda telah membuat keputusan untuk mengikut Yesus, apakah langkah seterusnya? Pelan ini bukanlah satu senarai yang lengkap untuk segala-galanya yang menyusul selepas anda membuat keputusan itu, tetapi pelan ini akan memb...

More

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada SoCal Youth Ministries - AG kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://youth.socalnetwork.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami